Bantuan Keperluan Barang Dapur RM300 Untuk Rakyat Malaysia!(Terkini)

 



Bantuan barang dapur ini khas untuk golongan B40 yang layak akan mendapat bayaran RM300 sebulan.

Kerajaan Negeri Selangor Telah memperkenalkan BINGKAS ataupun lebih dikenali bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor untuk membantu meringankan beban peranan penting ketua keluarga.

Bantuan ini bertujuan untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta mengharungi pandemik.

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato' Seri Amirudin Bin Shari berkata pogram ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) agar boleh dirasai dan bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga juga dan setiap bulan sebanyak 30,000 keluarga dan 180,000 orang yang menerima sebanyak RM300 bagi menampung pembelian keperluan barangan asas serta barang peralatan pendidikan.



KEBAIKAN BINGKAS
Pemohon yang layak akan menerima kebaikan seperti berikut :
  • Pembelian sebanyak RM300
  • Setiap bulan ditambah nilai secara automatik
  • Boleh pembelian keperluan barangan asas serta barang peralatan pendidikan (Beli Barangan Runcit & Bayar Yuran Sekkolah)

        

Jika mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi 
Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075.


PENERIMA BANTUAN BINGKAS 
 Skrinshot ini daripada penerima yang telah mendapat bantuan BINGKAS sebanyak RM300 :

       
    SYARAT PEMOHONAN 
  • Pemohon berdaftar di Selangor
  • Salinan kad pengenalan (Warganegara Malaysia)
  • Kelahiran di Selangor dan menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun 
  • Pendapatan rumah dibawah RM3000/Sebulan
 CARA UNTUK MEMOHON 
Bagaimana anda memohon bantuan ini,anda perlu :
  •  Sila masuk ke laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.
  • Anda perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar untuk proses pembayaran manfaat.


                                                            


Comments