Bantuan khas ini juga akan di terima oleh 20,271 orang penjawat awam negeri sebagai penghargaan dan ambil berat tentang kebajikkan pejawat awam.
Berikut adalah info lebih lanjut tentang bantuan khas ini.
TARIKH BAYARAN
- Ketua Menteri Sabah iaitu, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan bahawa bantuan khas ini akan di bayar pada awal bulan januari tahun 2023.
JUMLAH BAYARAN
- Bagi pekerja pejawat awam yang layak akan menerima sebanyak setengah bulan gaji minimum RM1000.
"Kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai.
"Justeru dalam Bajet 2023, kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000 kepada 20,271 orang penjawat awam negeri dan akan dibayar pada Januari 2023.
"Bayaran Bantuan Khas ini diharap akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun Baharu Cina," katanya.
Hajiji turut berkata, bantuan khas sebanyak RM500 juga diberikan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang akan dibayar pada April 2023.
Sumber : Sinarharian
Comments
Post a Comment