Bantuan ini khususnya buat mereka yang terjejas dan sangat memerlukan, sudah pasti pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan kita sama ada di peringkat negeri dan persekutuan.
Di negara ini kanak-kanak sentiasa akan mendapatkan perihatian khasnya dalam pendidikan. Banyak bantuan dan sumbangan yang telah diberikan agar mereka dapat belajar dengan selesa dan serba mencukupi.
Baru-baru ini, Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan bantuan iaitu sumbangan Pendidikan Zakat Kanak-Kanak Rendah & Menegah Selangor (ZPZAS Ren & Men).
Berikut adalah perkongsian maklumat yang lebih lanjut dibawah.
(SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT KANAK-KANAK)
SPZAS Sek. Ren & Men yang merupakan bantuan zakat yang telah disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) agar dapat membantu golongan pertengahan (B40 & M40) yang telah memunuhi syarat kelayakan. untuk bertujuan meringankan beban kos pendididkan peringkat sekolah rendah mahupun menegah pada tahun 2022.
(SYARAT KEAYAKAN)
Berikut adalah syarat kelayakn pemohon :
1) Beragama Islam
2) Warganegara Malaysia
3) Lahir dan menetap di negeri Selangor atau bermastautin tidak kurang daripada 3 tahun
4) Pemohonan hanya untuk pra sekolah atau tadikah 5 & 6 tahun sehingga tingkatan 5 sesi persekolahan 2022 sahaja.
5) Pendapatan seisi rumah haruslah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garisan kecukupan seseoarang dalam penentuan asnaf naum jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.
(DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)
Terdapat 6 dokumen yang wajib pemohon muat naik sewaktu permohonan dibuat. Dokumen tersebut ada seperti yang berikut;
1) Kad pengenalan ketua keluarga
2) kad pengenalan pasangan
3) *Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
4) *Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)
5) Penyata akaun bank ketua keluarga
6) Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)
*Pengesahan pendapatan atau slip gaji anda sebagai pemohon haruslah yang terkini dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini. *Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun iaitu (download) di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/
(CARA MEMOHON)
Pemohonan anda boleh dibuat secara atas talian (online). Sila layari https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/ melalui laman web LZS ini sila anda ikuti langkah-langkah permohonan ataupun mengimbas QR Code yang tertera. permohon juga tidak perlu untuk menghantar sebarang dokumen fizikal ke LZS.
Comments
Post a Comment