Bantuan Orang tua mahupun Warga Emas ini merupakan pogram khas di Malaysia akan sentiasa menjadi perhatian pihak Kerajaan supaya dapat memberikan bantuan agar golongan Warga Emas ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan selesa. Untuk makluman, Program ini di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (JKM).Pada Oktober lalu, Ketika pembentangan Bajet 2023 Kerajaan telah bersetuju untuk terus memberikan bantuan pada Warga Emas yang berkelayakan.
Berikut adalah info lanjut telah dikongsikan:
Objektif utama tentang bantuan kewangan untuk Orang Tua ataupun Warga Emas ini agar golongan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejatheraan kehidupan dalam komuniti hidup.
Bagi golongan ini yang layak akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
(JUMLAH BAYARAN)
- Warga Emas yang berkelayakan, akan menerima bayaran bulanan sebanyak RM500 sebulan.
(KRITERIA KELAYAKAN)
kelayakan yang telah ditetapkan bagi kriteria ini ad di berikut:
1) Warganera dan menetap di Malaysia
2) Warga Emas berumur 60 tahun dan ke atas
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi oendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Putra Miskin isi Rumah Semasa atau PGK Purata / miskin Per Kaputa Semasa; dan
4) Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Untuk pengetahuan anda, Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
(CARA MEMOHON BANTUAN INI)
1) Pengendalian pemohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masarakat Daerah / Jajahan ? Bahagian di seluruh negara.
2) Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk peniliaian (means-tested) bagi mengesan kelayakan bantuan kepada yang memohon.
(DOKUMEN SOKONGAN)
Berikut adalah salinan yang perlu anda bawa:
1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
2) Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
3) Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dan sila sertakan sekali borang permohonan, Borang tersebut haruslah di isi dengan betul.
Setalah anda lengkapkan, anda diminta membawa dokumen berserta borang permohonan anda hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
Comments
Post a Comment