Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikenali sebagai JKM adalah bantuan khas yang telah disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan kurang pendapatan dan kemampuan.Selain itu, pelbagai jenis bantuan sudah diperkenalkan pada tahun ini supaya dapat membantu orang yang memerlukan, terutamanya golongan B40 dan golongan tidak berkemampuan.
Untuk makluman anda, bantuan khas ini terdapat di semua peringkat negeri mahupun persekutuan. Salah satu bantuan yang masih disediakan pada tahun ini adalah Bantuan Am Persekutuan. Bantuan ini dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM.
Berikut adalah maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah:
Bantuan ini hanya diberikan kepada individu/ keluarga yang kurang kemampuan dan keperluan agar dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti mereka.
(JUMLAH BAYARAN)
- Untuk setiap permohona bagi yang layak untuk Bantuan Am persekutuan ini mereka hanya akan menerima bayaran sebanyak RM100 sehingga RM350 untuk sekeluarga.
- Warganegara dan menetap di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Bagi golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
- Salinan kad pengenalan pemohonan (depan dan belakang)
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/bapa/ibu atau anak yang tinggal serumah
- Penyata gaji perlu disediakan sekiranya ada
- Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal serumah
- Dokumen sokongan yang berkaitan boleh disediakan jikalau ada
Comments
Post a Comment