(Terkini)Bantuan Kerajaan Sebanyak RM350 Sebulan Untuk Setiap Keluarga Di Malaysia -Semak Sekarang!




Bantuan ini khas untuk rakyat Malaysia sahaja. Bagi yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM350 sebulan.

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan seperti bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas (WE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK)dan pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyediakan bantuan yang boleh dimohon iaitu Bantuan Am Persekutuan (BA). 

Berikut adalah perkongsian mengenai Bantuan Am Persekutuan.

(BANTUAN AM PERSEKUTUAN)

Bantuan ini disediakan bertujuan menampung perbelanjaaan harian klien ataupun keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga RM350 sebulan untuk keluarga.



(KADAR BANTUAN)
  • Bagi yang berkelayakan akan menerima bayaran daripada Bantuan Am Persekutuan sebanyak RM100 sehingga RM350.

(SYARAT KELAYAKAN)

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap pemohonan.
  • Warganegara Malaysia 
  • Pemohon daripada golongan yang memerlukan 

(CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN AM)

Berikut adalah cara untuk anda membuat pemohonan.

Untuk pengtahuan anda, Pengendalian permohonan bantuan kewangan ini dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan terlebih dahulu untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.


(DOKUMEN SOKONGAN)

Untuk memastikan anda mendapat bantuan tersebut, anda boleh menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pemohonan anda berjalan dengan lancar.
  • Mykad Pemohonan (Salinan)
  • Mykad ahli keluarga yang tinggal bersama (Salinan) 
  • Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika katogeri OKU)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)

(BORANG YANG BERKAITAN) 

Untuk makluman anda yang telah membuat pemohonan dan menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui portal rasmi JKM.

Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi anda menyemak status permohonan secara online :
(MAKLUMAT LANJUT)

Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak JKM ; 

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.





Comments