Untuk pengetahuan anda, Bantuan Geran Pelancaran JKM ini ada pelbagai bantuan kewangan yang telah disediakan untuk membantu kumpulan sasar dan terjejas seperti B40 contohnya seperti warga emas dan bantuan untuk kanak-kanak, bantuan seisi keluarga, bantuan untuk perniada dan untuk oku supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.Walaubagaimanapun, bantuan lain turut disediakan oleh JKM iainya bukan hanya tertumpu kepada bantuan yang telah disebutkan di atas, tetapi ianya juga tertumpu untuk membantu kepada kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan beantuan sebanyak RM2700 secara "ONE-OFF".
Berikut adalah oerkongsian yang lebih lanjut.
(BANTUAN GERAN PELANCARAN JKM)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan Bantuan Geran Pelancaran yang memfokuskan untuk membantu kumpulan sasar yang ingin memulakan perniagaan dan akan diberikan secara tunai sehinga RM2700 (one-off). Bantuan yang diwujudkan ini adalah untuk process menolong para perniaga ke arah pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
(OBJEKTIF UTAMA)
Pelaksanaan Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah :
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
- Pemerkasaan ekonom kumpulan sasar JKM yang produktif, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga, mempunyai minat.
(KADAR BANTUAN)
- Bagi yang berkelayakan akan menerima sebanyak maksimum RM2700 (one-off)
(SYARAT KELAYAKAAN)
Pihak JKM telah menetapkan bagi syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini ada diberikut
1) Werganegara dan menetap di Malaysia;
2) Tidak melebihi pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita semasa; Atau
3) Mana-mana kes yang bekeperluan yang layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
4) Kumpulan sasar JKM.
(SYARAT KHUSUS)
1) Jika bantuan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan untuk bantuan bualanan terlebih dahulu.
2) Jika pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.
3) Bantuan ini hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
Cara untuk membuat pemohonan Bantuan Geran Pelancaran JKM ada di bawah berikut :
1) Untuk memudaahkan anda urus pentadbiran, anda sebagi pemohon diminta membawa dokuman sokongan seperti Salinan Kad Pengenalan Suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan penyata gaji (jika ada), salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama,dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengannya.
2) Untuk setiap pemohonan anda boleh membuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian yang berdekatan kawasan anda / Jajahan.
(SENARAI BANTUAN JKM)
Untuk pengetahuan anda, bantuan yang kami maksudkan ini adalah bantuan yang telahpun disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mengikut katogeri yang ada.
Senarai untuk katogeri bantuan mengikut kadar lama dan kadar baru yang anda boleh mohon ada dibawah berikut :
1) Bantuan kanak-Kanak (BKK)
- Kadar Lama RM100 sehingga RM400
- Kadar Baru RM150 sehingga RM1000
2) Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Kadar Lama RM400
- Kadar Baru RM450
3) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantas (BPT)
- Kadar Lama RM350
- Kadar Baru RM500
4) Bantuan Orang Tua (BOT)
- Kadar Lama RM350
- Kadar Baru RM500
5) Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Kadar Lama RM200 sehingga RM500
- Kadar Baru RM250 sehingga RM500
6) Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Kadar Lama RM100 sehinga RM350
- Kadar Baru RM100 sehingga RM350
7) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Kadar Lama RM250
- Kadar Baru RM300
8) Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Kadar Lama RM200
- Kadar Baru RM200
(CARA MOHON BANTUAN)
Untuk makluman, sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan untuk bantuan JKM, anda haruslah pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian di seluruh negara berhampiran kawasan anda / Jajahan.
Untuk dokumen sokongan yang perku anda sediakan bagi membuat permohonan JKM ini ada di bawah berikut :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan sijil kelahiran kanak-kanak / ahli keluarga yang teinggal bersama
- Salinan penyata gaji (Jika ada)
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Lain- lain dokumen yang berkaitan dengannya
Untuk memudahkan segala urusan bagi pemohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika anda ingin pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
Sila isi semua borong dan lengkapkan dengan tepat bagi memudahkan proses permohonan anda. klik link yang ada dibawah bagi anda dapat borang permohonan :
Untuk pengetahuan anda sekiranya anda telah membuat permohonan dan telah menghantar permohonan bantuan anda yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, semakan status permohonan anda itu boleh dibuka melalui portal rasmi JKM. Berikut dibawah adalah langkah dan cara untuk anda menyemak status permohonan secara online :
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Login ID anda yang telah anda daftarkan
- Sila klik " Semak status permohonan talian"
- lalu masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik "semak"
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai JKM anda boleh mengubungi JKM melalui :
- Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6,9-18, NO55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
- Telefon : 03 8000 8000
- Faks : 03 8323 2045
Comments
Post a Comment