(Terkini)Bantuan Sebanyak RM500 Khas Untuk Ibu Yang Bakal Melahirkan Di Tahun 2023 -Semak Sekarang!

 


Ini merupakan berita yang baik bagi ibu yang mengandung dan akan menerima bantuan sebanyak RM500 sekiranya melahirkan pada tahun hadapan 2023 oleh pihak kerajaan.

Sebelum pembuburan parlimen, semasa pembentangan bajet 2023 bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah menyampaikan pada awal oktober lalu tentang bantuan ini dan peruntukan untuk bantuan ini sebanyak RM150 juta bagi bertujuan meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.



Sebelum ini pelbagai inisiatif telah diumumkan dan bakal diberikan. di samping itu golongan wanita juga salah satu yang difokuskan semasa pembentangan bajet termasuklah bantuan RM500 kepada ibu yang bakal melahirkan pada tahun 2023.

Berikut adalah perkongsian yang lanjut mengenai bantuan ini.

(BANTUAN RM500 2023)

Untuk ibu yang bakal melahirkan pada tahun 2023 akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 di bawah program ChayaMata Keluarga Malaysia.

Menurut kata bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata "Jadi saya rasa masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan. Tapi kenalah ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu bukannya bapa," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023.


(SYARAT KELAYAKAN)

Berikut adalah kelayakan untuk memastikan anda menerima bantuan ini.

  • Melahirkan pada tahun 2023 
  • kelayakan kepada ibu yang menerima BANTUAN KELUARGA MALAYSIA sahaja

(CARA PEMOHONAN)

Buat masa ini belum ada sebarang informasi tentang bilakah bantuan ini dikeluarkan mengenai cara permohonan dan tarikh bayaran bagi Bantuan khas RM500 ini. Sekiranya pihak kami menerima sebayang maklumat yang lebih lanut . pihak kami akan mengemas kini dara masa ke masa.

NOTA : Disebabkan pengumuman bajet 2023 adalah berdasarkan kerajaan yang memerintah sebelum ini ia berkemungkinan besar terdapat perubahan di bawah pimpinan baharu. Walaubagaimanapun, Menteri Kewangan baharu iaitu Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim belum mengumumkan dan memutuskan mengenai Belanjawan 2023 .

Baca juga : 



Comments

Post a Comment