(Terkini)Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Akan Dilancarkan Pada Tahun 2023 -Semak Kelayakan & Mohon Sekarang!

 


Pada hari selasa lalu, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan semasa persidangan di Dewan Rakyat bahawa Bantuan Tunai Rakat 2023 akan diteruskan pada tahun hadapan. Rakyat Malaysia yang layak, ia merupakan antara jenis bantuan sama yang dikenali sebelum ini lagi sebagai BKM, BPR dan BR1M.

Berikut adalah perkongsian infor lanjut mengenai bantuan ini.

(BANTUAN TUNAI RAKYAT)

Fasa 1 bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan disalurkan pada awal tahun 2023 bulan Januari yang telah dipersetujui oleh kerajaan.



Menurut Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim, bantuan tunai ini akan memberikan manfaat kepada 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 billion.


(BAYARAN BTR TELAH DIAWALKAN)

selalunya bayaran untuk bantuan tunai untuk fasa 1 ini pada bulan Mac,tetapi kerajaan telahpun bersetuju untuk mempercepatkan lagi pembayaran bantuan tunai iaitu pada bulan Januari tahun 2023.


(JUMLAH BAYARAN BTR FASA 1)

Setiap isi rumah yang mempunyai kelayakan akan menerima bayaran pada bulan januari bagi fasa 1 yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan :

  • Bujang : RM100
  • Isi Rumah : RM300
(PEMOHONAN BAHARU)

Oleh karena bantuan ini baru sahaja diumumkan, dijangka permohonan baharu bakal dibuka pada awal tahun hadapan. ini memberi peluang kepada pemohon yang pernah gagal menerima BKM 2022 lalu. Walaubagaimanapun, tiada pautan rasmi yang diberikan untuk memudahkan penerima untuk melakukan permohonan baharu secara atas talian.

Sekiranya pihak kami mempunyai maklumat yang lebih lanjut mengenai bantuan ini. Pihak kami akan memaklumkan dari masa ke semasa .


Baca Juga 




Comments