Untuk makluman, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah memutuskan bahawa BKM/BTR telahpun dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini telah disalurkan bermula 17 Januari 2023 selasa lalu secara berperingkat.
Berikut adalah perkongsian mengenai bagaimana cara untuk membuat permohonan baru dan bagaimana penerima BKM sebelum ini perlu membuat kemaskini (STR) untuk tahun 2023 ini.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Memandangkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah ditukar kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan ini telahpun dilaksanakan pada Januari ini.
Menurut Perdana Menteri, Seramai 8.7juta golongan B40 yang bernilai RM1.67 billion akan mendapatkan manfaat daripada STR Fasa 1 secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR. Kerajaan berharap agar perpaduan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan mendepani caran kos sara hidup terutamanya B40.
(PEMBAYARAN STR FASA 1)
Berikut adalah tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 1 yang telah dimulakan pada 17 Januari 2023 selasa lalu secara berperingkat.
Sekiranya anda masih belum mendapat bantuan ini dan anda mempunyai kelayakn untuk menerima bayaran. kemungkinan besar dalam beberapa hari ini anda akan mendapatkan pembayaran daripada bantuan ini.
(PERMOHONAN & KEMASKINI STR 2023)
Untuk pengetahuan anda, Sumbangan Tunai Rakyat (STR) ini hanyalah untuk pengguna data BKM 2022 sahaja. Oleh karena, pihak kerajaan belum lagi membuka sebarang pemohonan dan mengemaskinian STR 2023 ini.
Oleh sebab itu, banyak rakyat yang mengeluh karena merasa dirinya layak tetapi tidak menerima bantuan karena permohonan baharu belum lagi dibuka.
Jika anda pernah mengikuti data BKM 2023 dan sekiranya anda tidak menerima BKM Fasa 1 dan permohonan baharu dibuka. Jumlah bantuan anda akan terkumpul dan akan dibayar pada fasa seterusnya.
Walaubagaimanapun, kaedah sedemikian bakal digunapakai, sekiranya permohonan baharu dibuka pada masa akan datang dan anda mempunyai kelayakan. Jumlah bantuan STR Fasa 1 akan dikumpulkan dan dibayar secara sekaligus pada fasa akkan datang.
NOTA : Untuk peringatan, permohonan baharu dan kemaskini maklumat belum lagi dibuka oleh pihak kerajaan. sebarangan maklumat mengenai bantuan ini pihak kami akan kongsikan.
(SEMAKAN STATUS STR)
Anda boleh membuat semakan status bagi STR Fasa 1 dan fasa seterusnya bermula 17 Januari 2023 lalu. Sila ikuti langkah- langkah yang telah dikongsikan dibawah :
- Layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No MyKad
- Masukkan setiap langkah keselamatan dan kata laluan anda
- Semakan Sumbangan Tunai Rakyat boleh dibuat
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya ada mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini. anda boleh melayarai laman web rasmi yang telah dikongsikan di atas dan untuk mengetahui informasi terkini mengenai pembayran STR. Sila semak di Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.
Comments
Post a Comment