Untuk pengetahuan anda, banyak bantuan yang telah diumumkan akan dipercepatkan dan kadar bayarn bagi bantuan telah dinaikkan berbanding tahun sebelumnya. Pihak kerajaan telah bersetuju Bantuan Musim Terkujuh (BMT) akan dipercepatkan dan kadar bayaran akan dinaikkan sebanyak RM800.
Info yang lebih lanjut mengenai bantuan BMT telah dikongsikan dibawah.
(BANTUAN MUSIM TERKUJUH)
Untuk fasa pertama 16,889 orang yang telah menerima bayaran BMT sebanyak RM300 untuk setiap orang.
(JUMLAH BANTUAN)
Untuk makluman, bayaran sebelum ini diberikan sebanyak RM600. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan bayaran untuk setiap pekebun yang berkelayakan sebanyak RM800 yang akan diberikan oleh RISDA.
Manakala, bayaran bantuan ini akan diberikan 4 peringkat. RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.
(SEMAKAN PERMOHONAN)
Bagi yang sudah membuat pemohonan anda boleh membuat semakan yang sudah dibuka.
Ada 2 cara membuat semakan pemohonan anda iaitu :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA
- https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- hubungi pejabat RISDA dimana permohonan dilakukan.
(CARA PERMOHONAN BMT)
Permohonan BMT telah dibuka bermula pada 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.
Bagi syarat kelayakan yang telah ditetapkan ada dibawah yang berikut :
1) Berikut adalah pemohon kebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan dibawah Agensi haruslah menyertakan dokumen sokongan :
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Geran asal tanah dan salinan
- Kad pengenalan pemohon asal dan salinan
2) Berikut adalah penoreh bukan pemilik haruslah menyertakan dokumen sokongan seperti yang ditetapkan:
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
Berikut permohonan anda boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai bantuan ini anda boleh menghubungi bahagian pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian.
- 03-4256 4022
Comments
Post a Comment