(Terkini)Bantuan Kanak-Kanak Di Malaysia Sehingga RM1000 Sebulan Pada Tahun 2023 -Semak Sekarang!

 



Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini dibawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khas untuk membela nasib kanak-kanak yang tidak terbela dan membantu memlihara dan memperkukuhkan lagi institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak di Malaysia .

Seperti yang diketahui, setiap tahun pihak kerajaan akan menyediakan bantuan khas untuk kanak-kanak ini melalui program Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Info yang lebih lanjut mengenai BKK telah dikongsikan dibawah.


(BANTUAN KANAK-KANAK)

Berikut adalah tujuan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini diberikan :

  • Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga. Agar mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan sebagai kanak-kanak.


(JUMLAH BAYARAN BKK)

Seandainya kanak-kanak tersebut mempunyai kelayakan, mereka akan menerima bantuan BKK pada kadar bayaran seperti berikut :
  • RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & kebawah;
  • RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun tahun; dan
  • Kadar bantuan Maksimum RM1000 sebulan sekeluarga

(KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BKK 2023)

Berikut adalah kelayakan untuk memohon BKK 2023 :

1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia;

2. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

3. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau PGK purata  miskin per kapita semasa.


(CARA PEMOHONAN BKK)

Ikut perkongsian dibawah mengenai cara pemohonan Bantuan Kanak-Kanak :

1. Setiap permohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)

2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabata Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian Seperti :
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
(BORANG YANG BERKAITAN)

Comments