Untuk pengetahuan anda, Bantuan Tunai Rakyat ini baru saja diperkenalkan oleh pihak kerajaan baharu yang dipimpin oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Bantuan Tunai Rakyat (BTR) dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Pada Disember lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa BTR akan diteruskan dan pembayaran akan dipercepatkan di bulan Januari ini untuk fasa 1 .
Walaubagaimanapun, tahukah anda selain bantuan BTR terdapat bantuan lain yang akan disalurkan pada bulan Januari ini iaitu Bantuan Musim Terkujuh dan bagi yang mempunyai kelayakan akan menerima bayaran sehingga RM800.
Berikut adalah info lanjut mengenai bantuan ini.
(BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023)
Tujuan Bantuan Musim Tengkujuh ini dibuat untuk meringankan beban para pekebun kecil/penoreh getah di Malaysia agar dapat menghadapi musim tengkujuh nanti dan bagi yang mempunyai kelayakan akan menerima bayaran BMT sebanyak RM800 dalam 3 Fasa.
Bayaran BMT akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang layak untuk Fasa 1pada bulan Januari RM300 dan Fasa 2 pada bulan Februari serta baki RM200 akan diberikan Fasa 3 pada bulan Mac. Seramai 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara akan mendapatkan manfaat BMT dan membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta.
(JUMLAH BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH)
Untuk makluman, kerajaan baharu telah memutuskan untuk menaik tarafkan bayaran BMT sebanyak RM800 berbanding dengan sebelum ini hanya RM600 sahaja.
(SEMAKAN PERMOHONAN)
Sekiranya anda sudah membuat permohonan. anda boleh membuat semakan yang sudah dibuka terdapat 2 cara membuat semakan pemohonan anda :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA
- https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- hubungi pejabat RISDA dimana permohonan dilakukan
(CARA PERMOHONAN BMT)
Permohonan BMT telah dibuka bermula pada 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.
Bagi syarat kelayakan yang telah ditetapkan ada dibawah yang berikut :
1) Berikut adalah pemohon kebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan dibawah Agensi haruslah menyertakan dokumen sokongan :
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Geran asal tanah dan salinan
- Kad pengenalan pemohon asal dan salinan
2) Berikut adalah penoreh bukan pemilik haruslah menyertakan dokumen sokongan seperti yang ditetapkan:
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
Berikut permohonan anda boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai bantuan ini anda boleh menghubungi bahagian pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di 03-4256 4022.
Baca Juga :
Comments
Post a Comment