Untuk makluman, Bantuan Khas ini ditujukan kepada Orang tua ataupun Warga Emas di Malaysia. ianya karana pihak kerajaan sangat memberikan perhatian untuk membantu golongan ini agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan selesa.
Semasa pembentangan Bajet 2023 Oktober lalu, Pihak kerajaan telah mengumumkan dan bersetuju untuk meneruskan lagi bantuan khas ini pada tahun 2023.
Info lebih lanjut mengenai bantuan khas ini telah dikongsikan dibawah.
(OBJEKTIF UTAMA BANTUAN KHAS)
Untuk pengetahuan, objektif utama bantuan khas ini agar golongan Warga Emas dapat meneruskan kelangsungan dan kesajatheraan kehidpuan dalam komuniti.
Bagi Warga Emas yang mempunyai kelayakan di Malaysia akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
(JUMLAH BAYARAN)
- Warga Emas yang berkelayakan, akan menerima bayaran bulanan sebanyak RM500 sebulan.
(KRITERIA KELAYAKAN)
kelayakan yang telah ditetapkan bagi kriteria ini ad di berikut:
- Warganera dan menetap di Malaysia
- Warga Emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi oendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Putra Miskin isi Rumah Semasa atau PGK Purata / miskin Per Kaputa Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di: Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Untuk pengetahuan anda, Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
(CARA MEMOHON BANTUAN INI)
1) Pengendalian pemohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masarakat Daerah / Jajahan ? Bahagian di seluruh negara.
2) Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk peniliaian (means-tested) bagi mengesan kelayakan bantuan kepada yang memohon.
(DOKUMEN SOKONGAN)
Berikut adalah salinan yang perlu anda bawa:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dan sila sertakan sekali borang permohonan, Borang tersebut haruslah di isi dengan betul.
Setelah anda lengkapkan, anda diminta membawa dokumen berserta borang permohonan anda hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
(MAKLUMAN LANJUT)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang JKM di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Comments
Post a Comment