Seperti yang kita semua ketahui, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk golongan yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban kehidupan mereka.
Baru-baru ini, semua rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan boleh memohon bantuan sebanyak RM10,000 melalui pembiayaan Mobilepreneur 4.0.
Berikut adalah info yang lebih lanjut mengenai bantuan ini telah dikongsikan dibawah.
(BANTUAN RM10,000)
Skim Mobilepreneur 4.0 ini pada dasarnya merupakan pembiayaan model untuk Usahawan Perkidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.
Untuk makluman anda, sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 jumlah pembiayaan yang bakal diberikan mengikut tujuan permohonan. sebelum ini pembiyaan telah dilaksanakan pada bulan April 2020 lepas yang merupakan kesinambungan Program Tekun Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0.
(JUMLAH PEMBIYAAN)
Berikut adalah jumlah pembiyaan yang bakal ditetapkan oleh pihak kerjaaan bermila RM1,000 hingga RM10,000 :
- Pembaikan Motosikal
- Pembelian Motosikal
- Modal Kerja / Modal Pusingan
APAKAH SYARAT KELAYAKAN ?
Untuk anda mendapatkan bantuan ini, anda haruslah mempunyai kreteria yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan khas ini, berikut adalah syarat-syarat kelayakan :
- Pemohon haruslah Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Pemohon berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiyaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah
- Mempunyai temu janji sah daripada e-hailing berdaftar
- Mempunyau motosikal sendiri yang bedaftar dan sah bagi memohon permohonan membaiki pulih motosikal dan modal
- Pemohon yang mempunyai surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing akan diberikan keutamaan
- Pemohon haruslah mematuhi garisan panduan serta rema dan syarat-syarat yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan Awam.
(TEMPOH BAYARAN BALIK BANTUAN KHAS)
Berikut adalah syarat pembayaran balik bantuan khas ini yang telah ditetapkan :
- Kadar keuntungan untuk setiap penerima bantuan yang layak akan dikenakan sebanyak 4 peratus untuk tempoh setahun
- Untuk tempoh bayaran balik yang sudah ditetapkan adalah selama setahun hingga 3 tahun mengikut pilihan dan kelayan anda sebagai pemohon.
(CARA UNTUK MEMOHON PERMOHONAN)
Teruntuk individu yang telah memenuhi dan menepati syarat kelayakan yang telah diberikan, pemohon skim boleh dikemukakan melalui Pejabat Cawangan Tekun berdekatan dengan anda. Di sana anda akan mendaptkan borang permohonan dan maklumat lanjut mengenai skim bantuan khas kewangan ini.
Info : Untuk pengetahuan, TEKUN masih belum melantik mana-mana ejan atau wakil menguruskan pembiyaan ini dan sebarang urusan mengenainya haruslah melalui pejabat TEKUN sahaja.
Sumber : Sistemguruonline
Comments
Post a Comment