(Terkini)Bantuan Khas Sebanyak RM20,000 Untuk Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri -Semak kelayakan!

 


Seperti yang diketahui, Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bertujuan membantu rakyat di Malaysia yang memerlukan. salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah bantuan atau subsidi sebanyak RM20,000 untuk bina rumah di atas tanah anda sendiri.

Namun, sejak 1997 Kementerian Kewangan Malaysia memiliki syarikat pembangunan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan bidang kuasa SPNB ini di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Beberapa maklumat dan perkara yang perlu diketahui mengenai bantuan ini telah dikongsikan dibawah.

(PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT)

Program Rumah Mesra Rakyat (RMM) sebanyak RM20,000 untuk pembinaan rumah atas tanah sendiri ini diwujudkan untuk membantu rakyat yang mempunyai pendapatan yang rendah dan tidak memiliki rumah persendirian ataupun menetap di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah kosong persendirian yang boleh anda bina sebuah rumah.

Untuk pengetahuan anda, elalui pogram RMM ini, pihak kerajaan mampu menyediakan rumah uang yang berkualiti tinggi dan mampu milik untu rakyat Malaysia.




(SYARAT KELAYAKAN)

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan :
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki ruamh sendiri atau sedang tinggal di rumah usang
  • Tapak/tanah cadangan pemohon haruslah bebas hutang dan gadain ke atasnya
  • Keluasan tanah adalah tidak kurang 3,500 kps
  • Mesti mendapakan kelulusan daripada pemilik tanah sekiranya pemohon bukan pemilik tanah berkenaan
(HARGA DAN BANTUAN RMM)

Berikut adalah harga bantuan RMM ini yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan :

SEMENANJUNG - KELUASAN RUMAH 1,000 Kps
  • Harga : RM 75,000
  • Subsidi / Bantuan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000
  • Bayaran Bulanan : RM 300
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun
PULAU SEMENANJUNG -KELUASAN RUMAH 850 Kps
  • Harga : RM 85,000
  • Subsidi / Bantuan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 65,000
  • Bayaran Bulanan : RM 350
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun
SABAH SARAWAK LABUAN -KELUASAN RUMAH 750 Kps
  • Harga : RM 75,000 – RM 106,000
  • Subsidi / Bantuan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000 – RM 86,500
  • Bayaran Bulanan : RM 300 – RM 470
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun



(CARA MEMOHON BANTUAN)

Untuk membuat permohonan bantuan RMM ini, anda haruslah mengikuti langkah-langkah yang telah diberikan dibawah :

PERMOHONAN ONLINE
  • Semak laman web rasmi https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Sila tekan Pendaftaran Baru dan isi borang yang diberikan dengan lengkap
  • Log Masuk ke SPNB menggunakan ID dan Kata Laluan yang dihantar melalui e-mel
  • Lengkapkan borang yang diperlukan
  • Seterusnya, cetak borang berkenaan
  • Hantar borang berserta dokumen lengkap ke pejabat SPNB berdekatan anda
PERMOHONAN WALK IN
  • Hadir ke mana-mana cawangan SPNB berdekatan anda dan dapatkan borang permohonan
  • Isi dan hantar kembali ke pejabat berkenaan bersama dokumen yang dikehendaki
(DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)
Berikut adalah dokumen yang diperlukan semasa anda membuat permohonan :
  • Salinan IC pemohon dan pasangan anda
  • Salinan IC tuan tanah (sekiranya anda bukan pemilik tanah)
  • Salinan gerak hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah yang baru
  • Slip gaji terkni selama 3 bulan / surat akauan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan anda
  • Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah
  • Borang laporan tapak bergambar
(SEMAKAN PERMOHONAN RMM)

Untuk makluman, maklum balas pemohonan anda adalah dalm tempoh 3 bulan daripada tarik permohonan anda dan kelulusan bakal dibuat berdasarkan peruntukan kewangan tahunan dan jangka masa untuk pembinaan ruamh adalah 18 bulan sahaja.



(MAKLUMAT LANJUT)

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, anda boleh mengubungi talian rasmi ibu pejabat SPNB 03-2618 5555 ataupun 03-2618 5556.

Comments