Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan sangat mengambil berat terutamanya golongan kanak-kanak. Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) untuk membela nasib kanak-kanak yang tidak terbela.
Namun, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi bantuan ini pada tahun 2023.
Info lebih lanjut mengenai Bantuan Kanak-kanak telah dikongsikan dibawah.
(BKK 2023)
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga.
- Agar mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan sebagai kanak-kanak.
(JUMLAH BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK)
Kanak-kanak yang mempunyai kelayakan akan menerima kada bayaran seperti berikut :
- RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & kebawah;
- RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun tahun; dan
- Kadar bantuan Maksimum RM1000 sebulan sekeluarga
(KELAYAKAN MEMOHON BKK 2023)
Berikut adalah kelayakan pemohon yang telah ditetapkan oleh JKM :
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau PGK purata miskin per kapita semasa.
(BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN KANAK-KANAK)
Sila ikut langkah-langkah yang telah dikongsikan untuk membuat pemohonan untuk BKK :
1. Setiap permohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabata Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian Seperti :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
(BORANG YANG BERKAITAN)
Comments
Post a Comment