Semak kelayakan anda sekarang, bantuan ini khas untuk suri rumah di Malaysia. Program i-suri ini dilancarkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di mana yang mempunyai kelauyakan akan menerima bayaran sebanyak RM480.
Bantuan ini dapat memberikan ibu-ibu pelbagai faedah seperti menabung dan juga mengurangkan beban untuk pembelian barangan seperti barang dapur yang akan diperolehi melalui i-suri dari KWSP ini.
Berikut adalah info lebih lanjut mengenai i-suri telah dikongsikan dibawah.
(MANFAAT I-SURI)
Berikut adalah manfaat ataupun kadar bantuan keseluruhan melalui skim i-Suri KWSP seperti :
- Pembayaran berjumlah RM480 sejak tahun 2019 dan setiap tahun berikutnya termasuk tahun 2022.
- Skim i-Suri ini juga termasuk, bantuan kematian dan bantuan hilang upaya pun akan diberikan pada kadar :
- Bantuan Kematian : RM2,500
- Bantuan hilang upaya : RM5,000
- Dividen Tahunan KWSP akan diterima bagi yang layak sama seperti pencarum yang lain
- Carum amaun dan bila-bila masa mengikut kemampuan mereka boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan
(SYARAT KELAYAKAN BAGI PENDAFTARAN I-SURI KWSP)
Untuk makluman, suri rumah cuma boleh memilih salah satu insentif pada satu masa sahaja. Sekiranya sudah mendaftar dengan insentif Persaraan (i-Saraan), Haruslah membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP.
Berikutnya adalah syarat-syarat untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, beberapa syarat kelayakan yan telah di tetapkan oleh pihak KWSP :
- Warganegara
- Suri rumah haruslah berdaftar di bawah e-kasih
- Dibawah 55tahun
- Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri Ketua Rumah (KIR) / Perempuan (KIR)
(CARA MEMOHON MEMBUAT PEMOHONAN & BORANG PENDAFTARAN)
- kad pengenalan
- Borang : i-Suri - I-SURI KWSP 16G (M)
- Borang : i-Suri - I-SURI KWSP 6A (2)
(PEMBAYARAN CARUMAN)
3 kaedah boleh anda lakukan untuk membuat caruman iaitu :
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, RHB Bank ataupun BSN.
- Pindahan wang melalui perbankan internet daripada bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.
(SOALAN LAZIM)
Berapakah jumlah kadar bantuan ini?
- Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM480
Melalui skim ini, siapakah yang boleh mencarun?
-Suami bagi pasangan yang layak
-Diri sendiri (isteri)
(MAKLUMAT LANJUT)
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah dalam membuat permohonan i-Suri, anda boleh melayari laman berikut
WEB RESMI KWSP
HUBUNGI PUSAT TALIAN RESMI
- 03-89226000
Maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyaraka https://www.kpwkm.gov.my/
Comments
Post a Comment