(Terkini)Bantuan Tambahan Untuk Semua Suri Rumah Di Malaysia Sebanyak RM480 -Semak sekarang!

 


Semak kelayakan anda sekarang, bantuan ini khas untuk suri rumah di Malaysia. Program i-suri ini dilancarkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di mana yang mempunyai kelauyakan akan menerima bayaran sebanyak RM480.

Bantuan ini dapat memberikan ibu-ibu pelbagai faedah seperti menabung dan juga mengurangkan beban untuk pembelian barangan seperti barang dapur yang akan diperolehi melalui i-suri dari KWSP ini.

Berikut adalah info lebih lanjut mengenai i-suri telah dikongsikan dibawah.

(MANFAAT I-SURI)

 Berikut adalah manfaat ataupun kadar bantuan keseluruhan melalui skim i-Suri KWSP seperti :

    1. Pembayaran berjumlah RM480 sejak tahun 2019 dan setiap tahun berikutnya termasuk tahun 2022.
    2. Skim i-Suri ini juga termasuk, bantuan kematian dan bantuan hilang upaya pun akan diberikan pada kadar :
    • Bantuan Kematian  : RM2,500
    • Bantuan hilang upaya : RM5,000
    • Dividen Tahunan KWSP akan diterima bagi yang layak sama seperti pencarum yang lain
    • Carum amaun dan bila-bila masa mengikut kemampuan mereka boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan

    (SYARAT KELAYAKAN BAGI PENDAFTARAN I-SURI KWSP)

    Untuk makluman, suri rumah cuma boleh memilih salah satu insentif pada satu masa sahaja. Sekiranya sudah mendaftar dengan insentif Persaraan (i-Saraan), Haruslah membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP.

    Berikutnya adalah syarat-syarat  untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, beberapa syarat kelayakan yan telah di tetapkan oleh pihak KWSP :

    •  Warganegara
    •  Suri rumah haruslah berdaftar di bawah e-kasih
    • Dibawah 55tahun 
    •  Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
    • Isteri Ketua Rumah (KIR) / Perempuan (KIR)

    (CARA MEMOHON MEMBUAT PEMOHONAN & BORANG PENDAFTARAN)




    (PEMBAYARAN CARUMAN)

    3 kaedah boleh anda lakukan untuk membuat caruman iaitu :
    1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
    2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, RHB Bank ataupun BSN.
    3. Pindahan wang melalui perbankan internet daripada bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.
    (SOALAN LAZIM)

    Berapakah jumlah kadar bantuan ini?
    - Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM480

    Melalui skim ini, siapakah yang boleh mencarun?
    -Suami bagi pasangan yang layak
    -Diri sendiri (isteri)

    (MAKLUMAT LANJUT)

    Untuk sebarang pertanyaan atau masalah dalam membuat permohonan i-Suri, anda boleh melayari laman berikut 

    WEB RESMI KWSP

    HUBUNGI PUSAT TALIAN RESMI
    •  03-89226000
    Maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyaraka https://www.kpwkm.gov.my/ 

    Comments