(Terkini)Cara Untuk Memohon Rumah PPR Serendah RM160 Sahaja Sebulan Unruk Semua Rakyat Malaysia -Mohon Sekarang!
Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Malaysia amat memerlukan apa jua jenis bantuan daripada pihak kerajaan. Namun, kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia, sama ada di peringkat persekutuan atau Negeri.
Pada masa yang mencabar ini, rakyat Malaysia kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah begitu tinggi pada masa sekarang. oleh itu, pihak kerajaan telah memutuskan untuk membantu rakyat dan mengamil langkah agar rakyat yang tidak mampu dapt memiliki rumah mereka sendiri dengan kadar bayaran yang rendah dan berpatutan mampu milik.
Berikut adalah perkongsian mengenai rumah PPR.
(PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT)
Untuk makluman, Program Perumahan Rakyat (PPR) ini merupakan perihatiannya kerajaan kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah untuk membangunkan penempatan setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman mereka dan yang bertanggungjawab atas pelaksanaan projek-projek rumah PPR di seluruh Malaysia adalah Jabatan Perumahan Negara dibawah Kemeneterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Untuk pegetahuan anda, rumah PPR ini membunyai dua skim yang boleh anda mohon iaitu :
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
(KADAR SEWA PERUMAHAN PPR)
Berikut adalah kadar sewa bulanan bagi rumah PPR :
- RM160 - RM250
(CIRI-CIRI PERUMAHAN PPR)
Ciri-ciri rumah PPR adalah seperti berikut :
Kawasan bandar-bandar besar
- Jenis rumah bertingkat antara 5 - 8 tingkat
Kawasan pinggir bandar
- Jenis rumah teres
Keluasan
- Tidak kurang daripada 700 Kps
Binaan
- 3 bilik tidur
- 1 ruang tamu
- 1 ruang dapur
- 2 bilik air
Kemudahan asas
- Dewan komuniti / ruang orang ramai
- Surau / ruang solat
- Gerai makan / ruang niaga
- Tadikah
- Kemudahan OKU
- Taman permainan / kawasan lapang
- Rumah sampah
(SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN)
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah PPR :
- Pemohon dan pasangan haruslah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
(PANDUAN PERMOHONAN)
Cara untuk anda membuat permohonan berserta gambar sebagai rujukan bagi memudahkan permohonan anda seperti berikut :
- Sila ke portal rasmi iaitu https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Sila isi maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan dan E-mel) dan klik Daftar
- seterusnya anda akan menerima satu emel untuk membuat pengesahan. Buku emel dan buat pengesahan akaun
- kemudian log masuk semula ke web rasmi SPNB seperti biasa
- Pilih skim mengikut kelayakan anda
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
- Pilih projek (PPR)
- Muat naik dokumen yang diminta
- Setelah lengkap permohonan anda, anda boleh mengemaskini permohonan anda dengan klik Kemaskini Permohonan.
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda membunyai sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai rumah PPR ini. anda boleh ke laman rasmi iaitu https://teduh.kpkt.gov.my/
Comments
Post a Comment