Pada 17 Januari 2023 lalu, Bayaran bagi sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah di salurkan secara berperingkat untuk yang mempunyai kelayakan.
Untuk makluman, sebanyak 3 katogeri yang telah mendapatkan manfaat daripada STR Fasa 1 iaitu katogeri Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas yang tidak mempunyai pasangan dan masing-masing akan menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.
Berikut adalah info yang lebih lanjut mengenai bantuan ini
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Untuk makluman, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah memutuskan bahawa BKM/BTR telahpun dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan meneruskan bantuan ini di tahun 2023 ini dan sudah dimulakan baru-baru ini pada bulan januari untuk Fasa 1.
Oleh itu, seramai 8.9 juta golongan B40 akan menerima manfaat daripada bantuan tunai STR dengan peruntukan sebanyak RM1.75 billion.
(KATOGERI KELAYAKAN STR FASA 2 )
Berikut adalah 3 katogeri yang mempunyai kelayakan untuk menerima STR Fasa 2 nanti :
KATOGERI BUJANG
- Bujang yang belum berkahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda tidak mempunyai anak
- Had umur 21 sehingga 59 tahun
- Berpendapatan bulanan sebanyak RM2,500 dan ke bawah
KATOGERI WARGA EMAS
- Warga emas yang tiada pasangan
KATOGERI ISI RUMAH
- Berkahwin atau
- Berpendapatan bulanan di bawah RM5,000 dan ke bawah
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
INFO : Katogeri yang disebutkan diatas adalah berdasarkan maklumat pelaksanaan BKM sebelum ini yang pernah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
(SEMAKAN STATUS STR 2023)
Untuk pengetahuan anda, pihak LHDN telah mengumumkan bahawa semakan status kelayakan permohonan STR kini boleh dilakukan dengan memasuki laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk anda yang masih tidak tau cara bagaiman untuk membuat semakan, Berikut adalah cara-cara yang telah dikongsikan :
- lik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Nota : Kata Laluan MySTR anda adalah berdasarkan maklumat pada MyBMT 2022 anda.
Comments
Post a Comment