(Terkini)Program Menu Rahmah Serendah RM5 Sahaja Untuk Semua Rakyat Di Malaysia -Semak Sekarang!


 


Baru-baru ini, Pada 31 Januari 2023 lalu di Subang Jaya Selangor Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan Program Menu Rahmah. 

Program ini dilancarkan atas keperihatiannya Menteri KPDN Malaysia kepada golongan yang berpendapatan rendah agar dapat mengurangkan perbelanjaan makanan harian mereka.

Berikut adalah info lebih lanjut mengenai program ini.

(PROGRAM MENU RAHMAH)

Program ini merupakan menu hidangan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi karbohidrat daripada nasi protein (ayam/ikan) serta sayur.

Untuk makluman, Menu Rahmah ini menawarkan kadar harga yang sangat berpatutan iaitu RM5 untuk sepinggan.



(MANFAAT MENU RAHMAH)

Untuk makluman, Program Menu Rahmah ini memberi manfaat kepada golongan B40 dan miskin. terutamanya kepada golongan rakyat yang terkesan dengan kenaikkan harga makanan. perkara ini secara tidak langsung dapat meringakan bebas kos sara hidup rakyat pada masa kini.

Program ini merupakan hasil kerjasama sinergi antara pihak kerajaan bersama industri makanan dan minuman. oleh itu, program ini akan diperluaskan dalam masa terdekat. 

(MENU RAHMAH DI MYDIN)

Berikut adalah senarai jadual menu rahmah MYDIN yang telah disediakan mengikut hari dengan hargayang sangat berpatutan iaitu RM5 sahaja untuk makanan tengah hari atau malam telah dikongsikan dibawah :



 (ISNIN)
  • 1 nasi putih 
  • Lauk ayam masa kicap
  • Air minuman botol 500ml
  • Kacang panjang goreng
(SELASA)
  • 1 nasi putih 
  • Lauk ikan kembung goreng 
  • Lauk tauge masak lemak 
  • Air minuman 500ml 
(RABU)
  • 1 nasi putih
  • Lauk ayam goreng kunyit
  • Lauk bayam goreng 
  •  Air minuman botol 500ml
(KHAMIS)
  • 1 nasi putih 
  • Lauk ayam kari 
  • Lauk tauge goreng
  • Air minuman botol 500ml
(JUMAAT)
  • 1 nasi putih 
  • Lauk ayam kari 
  • Lauk tauge goreng 
  • Air minuman botol 500ml
(SABTU) 
  • 1 nasi putih 
  • Lauk ayam sambal 
  • Lauk kobis goreng 
  • Air minuman botol 500ml
(AHAD)
  • 1 nasi putih 
  • Lauk ayam sambal 
  • Lauk kobis goreng 
  • Air minuman botol 500ml 
(MAKLMUAN LANJUT)

Sekiranya anda ingin mengetahui makluman lanjut mengenai program menu rahmah ini anda boleh melayari facebook Menteri KPDN Salahuddin Ayub atau laman rasmi KPDN https://www.facebook.com/kpdnksh.

Baca Juga : 

Comments