Untuk makluman, sama seperti tahun sebelum ini kerajaan negeri terrengganu akan meneruskan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 pada tahun 2023 ini. Sekiranya anda ingin menerima bayaran daripada bantuan Aidilfitri ini anda haruslah membuat permohonan terlebih dahulu.
Untuk permohonan bantuan kewangan secara tunai ini telahpun dibuka. sekiranya anda layak anda akan menerima bayaran sebanyak RM300 (One-off).
Ikut perkongsian yang lebih lanjut mengenai bantuan ini.
(BANTUAN I-FITRI RM300)
Untuk pengetahuan anda, Bantuan I-Fitri ini baru dijenamakan semula dan bantuan ini merupakan bantuan kewangan tunai secara one-off yang akan diberikan sebelum perayaan Aidilfitri dibawah pelaksanaan Kerajaan Terengganu.
Sebelum ini pada tahun 2022 bantuan Aidilfitri ini hanya diberikan sebanyak RM250 sahaja kepada isi rumah yang berpendapatan pula antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan dan RM400 kepada keluarga miskin, Untuk tahun 2023 pula akan diberikan sebanyak RM300.
(TARIKH PERMOHONAN RM300)
Tarikh permohonan yang telah ditetapkan pihak kerajaan negeri terengganu dan dibuka bermula :
- 19 Mac sehingga 31 Mac 2023
(TARIKH BAYARAN RM300)
Berikut adalah tarikh bayaran tunai I-Fitri akan disalurkan bermula :
(KADAR BAYARAN I-FITRI)
Sekiranya anda mempunyai kelayakan, anda akan menerima bayaran daripada bantuan ini sebanyak :
- RM300 (One-Off)
(SYARAT KELAYAKN RM300)
Syarat-syarat kelayakan yang telahpun ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon merupakan Ketua isi rumah (KIR) dan pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (B40)
- Ketua isi rumah (KIR) yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,500 - RM5,000 (M40)
- Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang telah menetap di negeri tersebut
- Merupakan pengundi berdaftar di negeri Terangganu
- Mendaftar dalam sistem Profil RakyatTerengganu (PRT20)
- Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang akan menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini.
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda mempunyai persoaan mengenai bantuan i-fitri ini, anda boleh ke laman web rasmi https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Comments
Post a Comment