(Terkini) STR Tambahan Katogeri Ini Akan Menerima Bayaran Berjumlah RM600 Pada Julai 2023 -Semak sekarang!
Untuk makluman, pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah sudah mula disalurkan pada 26 Jun 2023 baru-baru ini dan lebih daripada 8 juta golongan B40 yang mempunyai kelayakan menerima bayaran sehingga RM800.
Sedia dimaklumkan, bahawa bantuan ini juga telah menawarkan bayaran tambahan bagi yang layak sahaja akan menerima bayaran tersebut. sila ikut perkongsian dibawah untuk mengetahui info lebih lanjut mengenainya.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BTR 2023)
Program Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan inisiatif di bawah konsep payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menhadapi cabaran kos sara hidup mereka yang memerlukan.
Seperti yang diketahui, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini adalah bantuan kewangan yang merupakan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini iaitu BKM, BPR, BSH dan BR1M.
(BAYARAN TAMBAHAN STR)
Katogeri yang layak akan menerima seperti berikut :
- Jumlah bayaran tambahan STR sebanyak RM600 khususnya kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti sahaja iaitu dalam katogeri miskin tegar dan kelayakan kadar bayaran tambahan ini terhad kepada :
- Haruslah pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Mestilah penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih.
(CARA SEMAK STR TAMBAHAN E-KASIH 2023)
Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan samada anda layak ataupun tidak menerima STR tambahan ini :
- Sila layari portal rasmi e-kasih https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda
- Sila tekan butang " CARIAN"
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
(JUMLAH BAYARAN STR)
Kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023 yang telah ditetapkan. Berikut adalah rujukan jadual dibawah :
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan dan ditetapkan oleh pihak kerajaan perpaduan :
ISI RUMAH
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang sudah mempunyai anak yang menepati syarat.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Janda/ Balu/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG
- Pendaptan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah; dan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun.
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda ingin mengetahu bantuan yang telah diumumkan dan ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sila layari https://t.me/myonlineterkini.
Comments
Post a Comment