Seperti yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia mengenai bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 ini telahpun terjawab.
Untuk makluman anda, bayaran STR bagi Fasa 1 dan 2 telahpun disalurkan sebelum ini pada bulan Januari dan April 2023. Oleh itu, seramai 8 juta golongan B40 telah menerima bayaran berjumlah RM100 sehingga RM300.
Terdapat perkongsian di media sosial seperti Facebook terdapat ramai yang telah mendakwa diri mereka telah menerima bayaran fasa ketiga. sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 ini salah satu inisiatif yang merupakan di bawah konsep Payung Rahmah bagi bertujuan membantu golongan yang sangat memerlukan
untuk meneruskan kehidupan dan menanggung kos sara hidup mereka.
(BAYARAN TELAH DIKREDITKAN)
Terkini, menerusi perkongsian di media sosial salah satunya adalah Facebook, penerima yang layak telah meluahkan rasagembira kerana telah menerima bayaran STR Fasa 3 yang telah dikreditkan ke akaun mereka.
Anda sedia maklum, bahawa penerima yang tidak menerima pada bayaran STR Fasa 1 dan 2. bayaran anda telah dikreditkan serentak dengan fasa 3 ini dan akan menerima bayaran berjumlah RM900 ringgit.
Berikut adalah bukti "Skrinshot" yang sempat pihak kami dapatkan melalui perkongsian bayaran tersebut :
(JADUAL & TARIKH BAYARAN)
Berikut adalah tarikh yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa bayaran STR Fasa 3 kali ini akan mula dilaksanakan pada :
- 26 JUN 2023 (ISNIN)
Nota : Bayaran STR akan dilakukan secara berperingkat dan bagi semakan status kelayakan penerima pula ianya boleh dilakukan pada tarikh yang sama.
(SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3)
ISI RUMAH
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang mempunyai anak yang ,enepati syarat; dan
- Untuk Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
BUJANG
- Had umur adalah 21-59 tahun
- Pedapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Janda/ Balu / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
JOIN TELEGRAM
Comments
Post a Comment