Seperti yang diketahui, bahawa pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telahpun melalui 3 fasa bayaran dan sebanyak 8 juta golongan B40 telah menerima manfaat daripada bayaran bermula RM100 sehingga RM800.
Semasa pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan pelbagai inisiatif yang akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Didalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah mengesahkan bahawa bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini diteruskan. Sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan meneruskan kehidupan.
Sedia dimaklumkan, bahawa Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan yang pernah diperkenalkan sebelum ini iaitu BKM, BSH, BPR dan BR1M.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TAMBAHAN RM600)
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa bayaran tambahan untuk kali ini berjumlah RM600 yang akan diberikan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah.
Namun, bantuan tambahan ini bukanlah dalam bentuk batuan tunai ianya adalah bantuan yang merupakan baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan sahaja.
Bantuan tambahan ini akan diberikan kepada katogeri isi rumah STR termiskin yang berdaftar mengikut data e-kasih.
(TARIKH BAYARAN RM600)
Pembayaran STR tambahan (SARA) ini akan diperikan pada :
- 17 JULAI 2023
- Pertama, layari lama rasmi https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Sekiranya anda telah tersenarai di data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar. Negeri dan daerah.
Comments
Post a Comment