Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah membenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP tetapi bersyarat yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan anda sebagai pencarum KWSP membuat permohonan. Pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Sedia dimaklumkan, bahawa pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah sahaja yang dibenarkan membuat permohonan ini. Sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.
(FASILITI SOKONGAN AKAUN 2)
Untuk pengetahuan anda, FSA2 ini adalah sebuah kemudahan yang diberikan untuk membantu setiap ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi mereka daripada institusi perbankan dan simpanan dalam akaun 2 digunakan untuk membuat pembiayaan awal pengeluaran bersyarat bagi umur 50 tahun atau 55 tahun sahaja.
(PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000)
Berikut adalah jumlah pembiayaan minimum yang telah ditetapkan :
- Sebanyak RM3,000 sehingga RM50,000 maksimum tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP anda.
- Ahli/ Pencarum KWSP
- Warganegara Malaysia
- Tidak boleh limpas daripada umur 55 tahun
- Permohonan tidak boleh dibatalkan
- Membuat permohonan sekali sahaja
- Tarikh permohonan. Dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
- Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
- Mematuhi terma dan syarat yang diberikan oleh institusi perbankan.
- Anda harus membuat semakan terlebih dahulu kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
- Anda membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang telaj dipersetujui dengan institusi perbankan.
Comments
Post a Comment