Untuk makluman anda, di tahun 2023 ini pihak kerajaan perpaduan pelbagai bantuan yang telah diperkenalkan dan akan disalurkan kepada rakyat Malaysia .
Pihak kerajaan sentiasa bertanggungjawab untuk membantu rakyat Malaysia khususnya golongan yang berpendapatan rendah agar dapat menjalankan kehidupan mereka dengan selesa dan sempurna.
Namun, terdapat bantuan tunai yang akan disalurkan pada bulan November ini nanti. Bagi yang layak akan menerima bayaran sehingga RM900. Sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Pada Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ianya telah mula dilaksanakan pada Januari 2023.
Perdana Menteri Malaysia berkata, tujuan kerajaan memperkenalkan konsep Payung Rahmah ini adalah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif untuk golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup rakyat Malaysia.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah tarikh yang telah dijadualkan bagi bayaran Fasa 4 :
- Pada November 2023
Nota : Walaubagaimanapun. tiada tarikh rasmi lagi yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.
BANTUAN 1 KELUARGA RM900
Seperti yang telah diumumkan bahawa katogeri ini akan menerima bayaran sehingga RM900 pada bulan November nanti :
PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM2,500
(SYARAT KELAYAKAN)
Berikut adalah syarat kelayak yang telah ditetapkan untuk anda :
ISI RUMAH
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang sudah mempunyai anak yang menepati syarat.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Janda/ Balu/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG
- Pendaptan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah; dan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun.
Comments
Post a Comment