Seramai 8 juta penerima yang mempunyai kelayakan menerima bayaran sehingga RM800 dan juga yang telah terima bayaran RM900.
Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia yang kecewa mengenai gagal menerima bayaran tersebut. oleh itu, pihak kerajaan telah memutuskan bagi penerima yang gagal boleh membuat rayuan. Sila ikut perkongsian dibawah bagaimana cara untuk anda membuat rayuan.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Seperti yang diumumkan, program Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.
(JADUAL & TARIKH BAYARAN)
Untuk pengetahuan anda, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghistiarkan bayaran STR Fasa 3 ini akan mula dilaksanakan pada 26 JUN 2023.
Nota : Pembayaran STR ini akan dilakukan secra perperingkat. Untuk semakan status kelayakan penerima pula anda boleh buat pada tarikh yang sama.
(RAYUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3)
Berikut adalah tarikh rayuan yang telah ditetapkan sekiranya anda ialah antara penerima yang GAGAl :
(CARA MEMBUAT RAYUAN STR)
Sekiranya anda ingin membuat rayuan STR anda harus mengikuti 2 cara yang diberikan dibawah :
ATAS TALIAN
- Sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENGHATARAN BORANG RAYUAN DI KAUNTER LHDNM
- Sila kemukakan dokumen seperti kad pengenalan dan yang berkenaan
(SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3)
Berikut merupakan syarat yang telah ditetapkan :
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Janda/ Balu/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG
- Pendaptan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah; dan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun.
ISI RUMAH
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang sudah mempunyai anak yang menepati syarat.
Comments
Post a Comment