(Terkini)Cara Semak Permohonan Bantuan BPT RM500 Sebulan -Semak sekarang!



Untuk pengetahuan, bantuan BPT ini merupakan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar yang akan diberikan kepada penjaga/keluarga pesakit sebanyak RM500 sebulan.

Tujuan bantuan ini diberikan untuk meringankan bebanan keluarga/ pejaga dan menggalakkan keluarga/pejaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/ kronik.

Sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi mengenai bantuan ini. 

(SYARAT KELAYAKAN BPT)

Syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerjaan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
(CARA PERMOHONAN)

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah dibawah :

1. Sila memuat turun dan isi borang-borang dibawah dengan lengkap.


2. Sila bawa borang-borang tersebut yang berisi lengkap berserta dokumen sokongan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang berhampiran dengan anda.

3. Untuk memudahkan lagi urusan pentadbiran, anda diminta membawa ”Dokumen Sokongan” semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian seperti :
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak /ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
(JUMLAH BANTUAN BPT 2023)



  • Untuk jumlah bayaran bantuan BPT adalah sebanyak RM500 ringgit Malaysia.
(JOIN TELEGRAM)

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau sebarang maklumat lanjut. Anda boleh layari lama web rasmi https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html ataupun hubung pihak JKM  03-8000 8000 

Comments

Post a Comment