Seperti yang diketahui, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1, 2 dan 3 telahpun diberikan pada bulan Januari, April dan yang terbaru adalah pada bulan Jun ini 2023.
Seramai 8.7 juta menerima manfaat dan hampir RM4.93 bilion telah diperuntukkan semasa perlaksanaan 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
Untuk pengetahuan anda, hanya tinggal 1 sahaja lagi fasa yang belum disalurkan dimana terdapat satu katogeri yang layak akan menerima bayaran terbanyak iaitu RM1200. Ikuti perkongsian dibawah mengenai info lebih lanjut lagi.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023)
Pada bulan Disember lalu, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) dan akan melaksanakan bantuan itu pada Januari 2023. Untuk makluman anda, bantuan ini telah ditukar dan telah dijenakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Perdana Menteri Malaysia berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah seabagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
(TARIKH BAYARAN STR FASA 4)
Berikut adalah jadual bayaran bagi STR Fasa 4 yang akan disalurkan pada :
- Bulan November 2023
Nota : Tiada tarikh rasmi lagi telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan.
(KATOGERI MENERIMA BAYARAN RM1200)
Seperti yang diumumkan, katogeri yang akan menerima bayaran sebanyak RM1200 :
PENDAPATAN ISI RUMAH RM2,500
(SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4)
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan perpaduan :
ISI RUMAH
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang telah mempunyai anak dan menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
(MAKLUMAT LANJUT)
Comments
Post a Comment