(TERKINI) Mohon Bantuan Tunai RM800 Sebelum 20 September 2023 -Semak sekarang!


Untuk makluman, setiap tahun pihak kerajaan akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh di mana setiap individu yang mempunyai kelayakan akan menerima bayaran sebanyak RM800.

Setiap bantuan yang diberikan mempunyai syarat yang ditetapkan, Sila ikuti perkongsian yang pihak kami berikan mengenai syarat kelayakan dan cara untuk anda membuat pemohonan.

(BANTUAN MUSIM TENGKUJUH)

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya lagi, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Perpaduan yang bertujuan meringankan/ mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/ penoreh getah yang mempunyai kelayakan semasa musim tengkujuh ini.

Pada tahun ini ada sedikit menarik karena kadar bayaran BMT relahpun dinaikkan daripada RM600 tahun lalu kepada RM800 tahun ini dan akan diagihkan secara berperingkat bagi yang memenuhi syarat kelayakan.

(JUMLAH BAYARAN BMT 2023)

Seperti yang diketahui, bayaran BMT sebelum ini hanyalah RM600 sahaja. Akan tetapi, pihak kerajaan telah menaik tarafkan bantuan ini kepada individu yang bakal menerima bayaran ini sebanyak :
  • RM800 (4 Fasa)
(TARIKH BAYARAN BMT)

Berikut merupakan tarikh pembayaran yang akan diagihkan kepada 4 fasa bayaran iaitu :
  • Fasa 1 : RM200 (November)
  • Fasa 2 : RM200 (Disember)
  • Fasa 3 : RM200 (Januari 2024)
  • Fasa 4 : RM200 (Februari 2024)
(TARIKH PERMOHONAN BMT)

Tarikh permohonan ini telahpun dibuka bermula :
  • Tarikh Buka : 15 JUN 2023
  • Tarikh Tutup : 20 SEPTEMBER 2023
(SYARAT KELAYAKAN) 

Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan ini, anda haruslah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
  • Haruslah Warganegara Malaysia 
  • Pekebun kecil ataupun penoreh getah
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk penerima sahaja
  • Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PA-G) yang masih sah
(SEMAKAN PERMOHONAN BMT 2023)

Sedia dimaklumkan, kepada pemohon yang sudah membuat permohonan ada dimaklumkan bahawa semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan :
  1. Haruslah melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
  2. ataupun menghubungi Pejabat RISDA dimana permohonan telah dilakukan.
(MAKLUMAT LANJUT)

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat lanjut ataupun pertanyaan. anda boleh menghubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.


Comments

Post a Comment