E-Tunai : Kredit Percuma RM100 Untuk B40 & M40 Pada Bulan Oktober 2023 Ini



Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun membuat pengumuman bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan E-Tunai berjumlah RM100 kepada golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun ke atas.

Sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.

(E-TUNAI RM100)

Seramai 10 juta penerima daripada B40 dan M40 akan menerima manfaat daripada bantuan E-Tunai ini dan setiap seorang akan menerima kredit sebanyak RM100.

Pelaksanaan kredit E-Tunai ini hanya diberikan kepada golongan dewasa selepas melihat kejayaan dan impak yang sangat positive daripada e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat. program ini juga mendorong rakyat Malaysia berbelanja tanpa tunai.

(KADAR BAYARAN)

Sekiranya anda layak akan menerima bayarak sebanyak :
  • RM100
(TARIKH BAYARAN E-TUNAI)

Pihak kerajaan telah memutuskan bayaran e-tunai ini akan dilaksanakan pada suku keempat di tahun 2023. Ini bermakna, ianya akan mula disalurkan pada rakyat pada :
  • OKTOBER 2023
Nota : Sedia dimaklumkan, bahawa tiada tarikh rasmi lagi yang diumumkan. Pihak kami akan memaklumkan kepada anda semua sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

(SYARAT KELAYAKAN)

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu :
  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • [endapatan tidak boleh melebihi RM100,000 setahun
(MAKLUMAT LANJUT)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk disini Bantuan Terkini !

Comments