Untuk makluman, Program Bantuan Perantis (BLP 2023) yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan bantuan kepada belia bujang yang berkelayakan sahaja akan menerima bantuan kewangan secara bulanan sebanyak RM200.
(BANTUAN LATIHAN PERANTIS 2023)
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menggangur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
(KADAR BAYARAN BLP 2023)
Bagi yang mengikuti program ini, anda akan menerima bayaran sebanyak :
- RM200 (Sebulan)
(SYARAT KELAYAKAN)
Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia/ Mastautin di Malaysia
- Kes-kes seliaan
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
(CARA MEMBUAT PERMOHONAN)
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat setiap permohonan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ anak
- Salinan sijil kelahiran anak-anak yang tinggal bersama-sama
- Salinan penyata gaji
- Dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengannya.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sedia dimaklumkan, setelah dokumen sokongan yang disebutkan diatas telah anda lengkapkan, anda haruslah meghantar permohonan tersebut ke Pejabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian ataupun yang berhampiran kawasan anda. Yang paling penting itu, anda diminta untuk Mengisi Borang Permohonan terlebih dahulu dengan lengkap dan tepat agar tiada kekeliruan bagi pihak yang berwajib. Sila muat turun borang permohonan dibawah :
JKM 18 : BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 : BORANG KAJI SEMUA BANTUAN
(MAKLUMAT LANJUT)
Seperti yang kita semua ketahui, setiap tahun pihak kerajaan perpaduan pasti akan memperkenalkan dan akan menyalurkan bantuan terutamnya untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila Semak Disini untuk rujukkan anda.
Comments
Post a Comment