Untuk pengetahuan anda, Permohonan baharu STR bagi tahun 2024 kini boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR bermula hari ini. Bagi rakyat Malaysia yang belum membuat pendaftaran untuk mendapatkan bantuan STR secara tunai, inilah masa yang sesuai dan tepat untuk anda membuat permohonan.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024)
Untuk makluman, Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah bantuan kerajaan kepada golongan yang berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan sahaja dan memerlukan bagi menhadapi cabaran kos sara hidup akibat ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.
Akibat penyasaran semula subsidi membolehkan pihak kerajaan perpaduan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui STR 2024 nanti dalam memastikan isi rumah yang berpendapatan rendah akan terus diberikan bantuan sewajarnya.
(PERMOHONAN BAHARU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024)
Sekiranya anda ingin membuat permohonan baharu, anda boleh melayari web rasmi MySTR iaitu :
(KAEDAH PERMOHONAN BAHARU STR 2024)
Berikut adalah kaedah untuk memohon STR 2024 ini :
- Secara Dalam Talian : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL)
- Pejabat Satelit HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.
- Borang permohonan boleh dicetak melalui web rasmi MySTR.
(SYARAT KELAYAKAN STR 2024)
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti dibawah :
ISI RUMAH
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai
- Menepati syarat
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 60 tahun ke atas
- Pendapatan Warga Emas yang tidak mempunyai pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
BUJANG
- Had umur adalah 21-59 tahun
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas
- Bukan pelajar IPTA/ IPTS sepenuh masa
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
(JUMLAH BAYARAN STR)
Berikut adalah jumlah yang diumumkan bagi bayaran STR pada tahun hadapan :
(TARIKH BAYARAN STR 2024)
Sedia dimaklumkan, bahawa kadar bayaran bagi fasa pertama bantuan tunai ini maksimum RM300 sahaja dan pada tahun hadapan akan dinaikkan sebanyak RM500 bermula pada :
- Bulan Februari 2024
(MAKLUMAT LANJUT)
Namun, Ramai yang tidak tahu bahawa banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Oleh itu, anda boleh RUJUK DISINI untuk mengetahui pelbagai bantuan Malaysia.
Comments
Post a Comment