STR FASA 4 : Pihak kerajaan perpaduan telah mengumumkan tarikh bayaran fasa akhir dimana, rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan akan menerima bayaran bermula bulan November depan dan akan menerima bayaran maksimum RM1200.
(STR AKHIR FASA 4)
Anda sedia dimaklumkan, bahawa sebelum ini sebanyak 3 fasa bayaran yang telah selesai dilaksanakan bermula Januari hingga Julai lalu. Walaubagaimanapun, STR Fasa 4 ini merupakan bantuan tunai kerajaan bagi fasa yang terakhir di tahun 2023 ini.
Bantuan ini telah memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima di fasa sebelum ini yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.
(TARIKH BAYARAN FASA 4)
Tarikh bayaran bagi STR fasa 4 ini akan bermula pada :
- Bulan November 2023
Nota : Untuk pengetahuan anda, buat masa ini tiada tarikh rasmi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat seperti fasa sebelum ini.
(SYARAT KELAYAKAN FASA 4)
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan :
ISI RUMAH
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak dan menepati syarat;
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21 - 59 tahun; dan
- Pendpatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
(JUMLAH BAYARAN FASA 4)
Setiap katogeri akan menerima jumlah bayaran seperti berikut :
PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM2,500
- Tiada Anak : RM200
- 1 - 2 Anak : RM600
- 3 - 4 Anak : RM900
- >5 Anak : RM1200
PENDPATAN ISI RUMAH RM2,501 - RM5,000
- Tiada Anak : -
- 1 - 2 Anak : -
- 3 - 4 Anak : RM300
- >5 Anak : RM500
WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 tahun ke atas) : RM200
BUJANG (21 - 59 tahun) : -
BUJANG OKU (19 - 59 tahun) :
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai bantuan lain yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, Sila SEMAK DISINI
Comments
Post a Comment