STR FASA 4 : Tarikh Bayaran Akan Dikreditkan Pada Bulan November 2023 -Semak sekarang!


Untuk makluman, Fasa 4 ini merupakan Fasa terakhir yang akan dibayar secara berperingkat sama seperti STR Fasa 1, 2 dan 3 sebelum ini. 

Seperti yang diketahui, di tahun 2023 ini bayaran STR telahpun diagihkan kepada 4 fasa dan untuk fasa 1 telah diberikan pada bulan Januari, fasa 2 pada bulan April dan fasa3 pada 26 bulan Jun 2023 lalu. Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.

(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Program Sumbangan Tunai Rahmah 2023 ini dilancarkan oleh kerajaan MADANI dan bantuan ini adalah sehingga RM2,500 tidak termasuk dengan bantuan tambahan bagi isi rumah yang layak sahaja.

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi kita sekarang di fasa kegawatan ekonomi akibat pandemik sebelum ini.

(TARIKH BAYARAN STR FASA 4)

Fasa 4 ini merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023, tarikh bayaran akhir ini akan diberikan pada :
  • Bulan November 2023
Nota : Sedia dimaklumkan, bahawa tiada tarikh rasmi lagi yang diumumkan dan bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat sama seperti sebelumnya.

(SYARAT KELAYAKAN)

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan, antaranya :

ISI RUMAH 
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak dan menepati syarat;
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG 
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21 - 59 tahun; dan
  • Pendpatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
(JUMLAH BAYARAN STR FASA 4)

Bagi yang tidak mengetahui berapakah jumlah bayaran yang akan diterima, sila ikuti berkongsian dibawah mengikut kategori :

PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM2,500
  • Tiada Anak : RM200
  • 1 - 2 Anak : RM600
  • 3 - 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200
PENDPATAN ISI RUMAH RM2,501 - RM5,000
  • Tiada Anak : -
  • 1 - 2 Anak : -
  • 3 - 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500
WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 tahun ke atas) : RM200

BUJANG (21 - 59 tahun) : -

BUJANG OKU (19 - 59 tahun) : 

(JOIN TELEGRAM)

Comments