Untuk makluman, anda kini boleh melakukan semakan kelayakan bantuan RM100 sebulan untuk golongan B40. Namun, bayaran bagi bantuan ini telah mula disalurkan kepada penerima yang layak di STR 2023.
Untuk pengetahuan, sekiranya berkelayakan anda akan menerima bantuan sebanyak RM600 untuk tempoh 6 bulan tahun ini. Ikut perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.
(STR TAMBAHAN RM600)
Bagi penerima STR 2023 yang telah membuat pendaftaran melalui sistem E-Kasih, penerima tersebut adalah secara automatik akan menerima bantuan tambahan yang diberikan ini melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini.
Pihak Kerajaan Perpaduan telahpun bersetuju untuk menyalurkan bantuan ini selepas mengambil kira dan faham keperluan dan kehendak rakyat Malaysia yang terjejas akibat ekonomi negara ketika ini tidak menentu.
(SYARAT KELAYAKAN)
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan tambahan berjumlah RM600 ini.
Sedia dimaklumkan, bahawa kadar tambahan STR ini berjumlah RM600 dan khususnya kepada penerima isi rumah yang dikenal pasti yang berada dalam katogeri miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR 2023
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod eKasih;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
(SEMAKAN STR TAMBAHAN EKASIH)
Berikut adalah cara yang mudah untuk membuat semakan :
- Sila layari laman rasmi Semakan Status SARA di : https://www.mykasih.com.my/
- Seterusnya, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruang yang disediakan.
- Sila masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikkan
- Tekan butan “ SEMAK SETATUS “
- Selepas itu, maklumat status kelulusan anda akan dipaparkan.
- Selesai
(TARIKH BAYARAN MYSARA)
Berkenaan tarikh bayaran bantuan MySara ini berjumlah RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula bulan julai lalu lagi dan bantuan ini akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu RM100 sebulan sehingga bulan Disember 2023 nanti.
Nota : Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan bayaran telahpun selesai dikreditkan dengan hanya SEKALI SAHAJA BAYARAN iaitu RM600.
(MAKLUMAT LANJUT)
Seperti yang diketahui, setiap tahun pasti ada saja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40 akibat ekonomi yang tidak menentu ini. Sekiranya anda ingin tahu apakah bantuan yang akan diberikan akan datang. Sila SEMAK DISINI
Comments
Post a Comment