(TERKINI)Kredit E-Wallet Secara Percuma Sebanyak RM300 Sebulan Bagi Golongan B40


Untuk pengetahuan, BINGKAS 2023 untuk rakyat Negeri Selangor yang telah bermastautin tetap selama 10 tahun, anda layak untuk membuat permohonan bantuan e-wallet sebanyak RM300 sebulan.

Sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.

(BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR)

Untuk makluman, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau dikenali sebagai BINGKAS ini, telah dianggarkan seramai 30,000 keluarga B40 layak untuk menerima bantuan e-wallet berjumlah RM300 sebulan ini

Bagi permohonan pula telahpun dibuka, sekiranya anda telah memenuhi syarat dan layak, anda akan menerima bayaran RM300 sebulan bersamaan RM3600 untuk tempoh 1 tahun ini.

Program ini bertujuan untuk membantu ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga mereka dan mendidik untuk membesarkan anak-anak, serta menangani wabak covid-19 sebelum ini akibat ekonomi tidak stabil.

(MANFAAT BINGKAS)

Terdapat beberapa manfaat yang akan diterima oleh penerima yang layak melalui inisiatif BINGKAS :
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya
  • Had pembelian sebanyak RM300
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan 
  • Penerima boleh membeli barangan keperluan asas dan perihal pendidikan iaitu keperluan sekolah seperti buku.
(PENERIMA BINGKAS RM300)

Sedia dimaklumkan, bahawa bayaran RM300 BINGKAS ini bukanlah melalui wang tunai. Akan tetapi bayaran tersebut akan dimasukkan automatik ke dalam akaun E-Wallet anda seperti yang anda lihat dibawah :





 































Nota : E-Wallet ini bertujuan agar rakyat Malaysia terbiasa membeli barang melalui pembayaran tanpa tunai.

(SYARAT PERMOHONAN)

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telahpun ditetapkan kerajaan :
  • Warganegara Malaysia
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
(CARA MOHON)

Sekiranya anda ini membuat sebarang permohonan, anda boleh melakukan melalui web rasmi BINGKAS iaitu : https://www.bingkasselangor.com

Berikut adalah beberapa dokumen yang penting perlu anda sediakan seperti dibawah :
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan/ Mykid/ Surat Lahir Anak/ Tanggungan 
  • Salinan Slip/ Penyata Gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat Pengesahan penyata pendapatan dari Ketua Komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Dokumen lain yang berkenaan dengannya



Comments