E-Tunai 2023 : Untuk makluman, pihak kerajaan telah mengumumkan tarikh rasmi bayaran kredit percuma RM100 untuk seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Bantuan ini terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun keatas.
Seperti yang diketahui, bantuan E-Tunai Rahmah ini telah dilaksanakan pada bulan Julai lalu dimana rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan telah menerima manfaat sebanyak RM200 ke dalam akaun e-dompet mereka.
(BANTUAN E-TUNAI 2023)
Sedia dimaklumkan, bahawa pihak kerajaan telahpun bersetuju untuk menyalurkan lagi inisiatif tambahan kahs kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023 ini. Bagi individu yang layak, anda akan menerima kredit tambahan berjumlah RM100 pada akhir tahun 2023 ini.
Seramai 10 juta penerima yang mempunyai kelayakan dan terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat daripada bantuan E-Tunai ini.
(TARIKH BAYARAN RM100)
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengumumkan, bayaran e-tunai RM100 ini akan mula disalurkan kepada rakyat Malaysia bermula pada :
- DISEMBER 2023
Info : Tiada tarikh rasmi yang ditetapkanlagi. pihak kai akan memaklumkan sekiranya terdapat maklumat mengenai tarikh rasmi ini.
(SYARAT KELAYAKAN E-TUNAI 2023)
Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, anataranya :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidakmelebihi RM100,000 setahun
(CARA TEBUS & MOHON)
Walaubagaimanapun, tiada sebarang permohonan yang diperlukan untuk menerima bantuan e-tunai ini kerana bantuan ini akan dikreditkan ke akaun e-wallet anda sekiranya anda telah menepati syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Sedia dimaklumkan, bahawa bantuan ini boleh ditebus dengan cara memuat turun aplikasi e-wallet seperti dibawah :
- Boost
- Setel
- Touch "N" Go
Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi yang dikongsikan diatas.
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda ingin mengetahui pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI
Comments
Post a Comment