E-Madani RM100 : Tarikh rasmi bayaran kredit percuma RM100 telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bahawa penebusan kredit ini akan bermula pada 4 Disember ini. Sedia dimaklumkan, bantuan ini terbuka kepada semua golongan terutamanya B40 dan M40 yang berumur 21 tahun keatas.
Untuk pengetahuan anda, bantuan pernah diberikan pada bulan Julai lalu dimana rakyat Malaysia yang layak menerima bayaran kredit percuma yang bernilai RM200 ke dalam akaun e-dompet mereka masing-masing.
(BANTUAN E-MADANI RM100)
Pihak kerajaan telah membuat persetujuan untuk menyalurkan inisiatif tambahan khas kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. Bagi setiap individu yang layak, anda akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100 pada akhir tahun ini.
Seramai 10 juta penerima berkelayakan berumur 21 tahun dan keatas yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat daripada bantuan e-tunai ini.
Namun, pihak kerajaan telahpun memaklumkan bahawa perkhidmatan edompet yang akan terlibat untuk pilihan pengguna mempunyai 4 jenis aplikasi.
(TARIKH DAFTAR & TEBUS RM100)
Pihak kerajaan telah menetapkan tarikh pendaftaran dan tebusan bermula pada :
- 4 Disember 2023
(SYARAT KELAYAKAN)
Terdapat beberapa syarat yang telah diumumkan untuk mendapatkan kredit percuma ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Golongan B40 dan M40
- Penerima STR 2023
(CARA TEBUS)
Walaubagaimanapun, tiada sebarang permohonan yang diperlukan untuk menerima bantuan ini kerana ianya akan dikreditkan ke dalam akaun e-wallet anda sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan pepaduan.
Berikut adalah 4 aplikasi e-wallet dimana anda boleh anda membuat tebusan :
- Touch "N" Go
- MAE
- Setel
- ShopeePay
(MAKLUMAT LANJUT)
Berita baik, pelbagai lagi bantuan yang anda boleh dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, anda boleh Rujuk Disini.
Comments
Post a Comment