BINGKAS :Kredit percuma sebanyak RM300 sebulan akan disalurkan kepada golongan B40 pada tahun 2023 ini. Namun, bantuan Bingkas ini hanya diberikan khas kepada rakyat negeri Selangor sahaja yang pendapatan bulanan mereka sebanyak RM3000.
Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.
(BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA)
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kehidupan Sejahtera atau dikenali sebagai BINGKAS ini memperuntukkan RM108 juta dan bantuan ini bakal memberi manfaat kepada 30,000 keluarga yang terdiri daripada keluarga B40 di negeri Selangor.
Menurut kata Menteri Besar Negeri Selangor Y.A.B DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI bantuan ini bagi mengiktiraf peranan yang penting untuk ketua keluarga yang tidak penat dan lelah untuk menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.
(MANFAAT E-DOMPET 2023 BINGKAS)
Terdapat beberapa manfaat yang akan diterima sekiranya anda layak :
- Had pembelian RM300
- Baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perigal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku, pensil dan sebagainya).
(SYARAT KELAYAKAN)
Berikut adalah kriteria kelayakan untuk mendapatkan manfaat daripada bantuan ini :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
(KAEDAH BAYARAN)
Sedia dimaklumkan, bahawa bantuan ini bukanlah bantuan yang disalurkan secara wang tunai. Akan tetapi, bagi setiap isi keluarga yang berkelayakan, mereka akan menerima bayaran tersebut melalui kredit e-wallet masing-masing.
(CARA MEMBUAT PEMOHONAN)
Sila ikuti langkah-langkah yang diberikan dibawah untuk anda mohon bantuan e-dompet Bingkas ini :
Anda diminta untuk kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com
Beriku tadalah dokumen penting yang perlu anda serakan untuk memohon :
- Salinan Kad Pengenalan pemohonan dan pasangan (jika ada)
- Salinan Kad Pengenalan/ MyKid/ Surat Lahir anak/ Tanggungan
- Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
- Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Dokumen lain yang berkenaan/ berkaitan.
(MAKLUMAT LANJUT)
Selain bantuan Bingkas ini, terdapat pelbagai lagi bantuan Malaysia yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini sebelum kita melangkah ditahun baru. untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI
Comments
Post a Comment