(TERKINI)Bantuan Tunai Secara Bulanan Untuk Isi Rumah Akan Diperkenalkan Oleh Pihak Kerajaan Malaysia -Semak sekarang!
Berita baik, Pihak kerajaan telah memperkenalkan satu lagi Bantuan Tunai secara bulanan khas kepada kumpulan isi rumah di Malaysia tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan terutamanya kepada keluarga yang kurang pendapatan dan terjejas. Ini menunjukkan pihak kerajaan sentiasa ambil berat dan membantu golongan yang terjejas ekonomi mereka.
Walaubagaimanapun, bantuan ini masih dalam pertimbangan kerajaan. Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.
(BANTUAN TUNAI BULANAN)
Untuk makluman, bantuan tunai bulanan untuk isi rumah ini akan dilaksanakan bagi keluarga yang tidak dapat menjana pendapatan bulanan yang terjejas dari segi lanjutan usia dan juga kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, terdapat tiga cadangan bantuan tunai yang bakal dilaksanakan nanti dan ianya akan dipertimbangkan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan. Perbincangan ini telah dikemukakan ketika Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya.
(BANTUAN TUNAI BULANAN ISI RUMAH)
Seperti yang kita semua ketahui, faktor usia dan kesihatan juga salah satu punca mengapa dikalangan kita tidak dapat melakukan aktiviti dalam menjana pendapatan seharian dengan konsistan. Oleh itu, Pihak kerajaan juga berusaha dalam membantu rakyat agar golongan ini serba mencukupi.
Dengan itu, pelbagai cadangan insentif dan kemudahan sedang dicadangkan untuk membantu mereka yang terjejas terutamanya golongan miskin tegar. Perkara ini telahpun dipersetujui menerusi mesyuarat (MTEN) pada isnin lalu.
(BANTUAN BULANAN MYKASIH SARA)
Sebelum ini, pihak kerajaan telahpun bersetuju dan melaksanakan sebuah inisentif tambahan sebanyak RM600 ringgit. Bantuan ini diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (str) 2023 yang telah membuat pendaftaran melalui sistem E-Kasih Malaysia.
Akan tetapi, bantuan ini hanya dibayar melalui 6 fasa bayaran dimana RM100 sebulan akan disalurkan kedalam MyKad penerima yang berkelayakan sahaja.
Dingatkan sekali lagi, bahawa bantuan tersebut boleh dimanfaatkan dengan cara membeli barangan keperluan asas dipasaraya yang berdafatar dan terpilih sahaja. Sila semak untuk bantuan ini melalui web rasmi MySARA : https://www.mykasih.com
(MAKLUMAT LANJUT)
Setiap tahun, pihak kerajaan akan memberikan bantuan yang baru untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonomi akibat pandemik Covid-19 . Sekiranya anda ingin mengetahui bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, Sila Semak Disini untuk rujukan anda.
Comments
Post a Comment