(Terkini)Program Bantuan Lesen Memandu Percuma Pada Tahun 2024 -Mohon Sekarang!

 


Seperti yang kita semua ketahui, sekarang ini kita berada di hujung tahun 2023 dan akan melangkah ke tahun baharu iaitu tahun 2024 . pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Bantuan Lesen Memandu yang akan diberikan pada tahun hadapan khas untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan agar dapat memiliki lesen memandu mereka sendiri. Sila ikuti perkongsian dibawahuntuk info lebih lanjut lagi.

(PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU)

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman bahawa, lebih daripada 40,000 belia daripada keluarga yang kurang berkemampuan bakal menikmati manfaat daripada program lesen memandu ini nanti.

Pihak kerajaan telahpun mengambil langkah untuk membantu golongan yang kurang kemampuan mengambil lesen secara percuma iaitu motosikal kelas B2 yang bertujuan untuk meningkatkan lagi mobiliti dan peluang bagi golongan ini.

(MYLESEN B2 TAHUN 2023 AKAN DILANJUTKAN)

Pada bulan mei lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menganjurkan sebuah program MyLesen B2. Ianya alah bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khusus kepada belia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 lalu.

Untuk makluman, bantuan seperti ini akan membuka peluang untuk mempertingkatkan lagi taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerajaan dalam sektor ekonimo gig.


(SENARAI BANTUAN PROGRAM MYLESEN) 

Terdapat 2 bantuan yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang layak :

1. Topi Keledar Secara Percuma 
    • Sedia dimaklumkan, bahawa sebanyak 100 ribu topi keledar percuma akan diedarkan. Ianya termasuk untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Namun, ianya tergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan. 
2. Bantuan MyLesen B2
    • Pihak kerajaan menggangarkan, seramai 9,000 orang daripada golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada Program MyLesen B2 ini.
Info : Dingatkan sekali lagi, bantuan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan litah untuk mendapatkan lesen memandu secara percuma kelas B2.

(SYARAT KELAYAKAN MYLESEN)

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah :
  • Haruslah Warganegara Malaysia 
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Penerima Bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
  • Tanggungan juga boleh memohon
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum ada lesen memandu
  • Tidak berada dalam senarai hitam JPJ,PDRM, dan Mahkamah
(CARA MOHON)

Sekiranya anda ingin mendaptkan maklumat terkini tentang kuota dan permohonan MyLesen B2, anda dinasihatkan untuk merujuk laman media sosial Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi negeri anda.

Sila hubungi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

BORANG PERMOHONAN https://drive.google.com

(MAKLUMAT LANJUT)

Terdapat pelbagai bantuan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan. Untuk memastikan sama ada anda layak untuk menerima bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan sila Semak Disini untuk rujukan anda. 




Comments