Berita baik, bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima bantuan berjumlah RM100 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam MyKad anda bermula bulan Januari 2024. Pihak kerajaan telah mengumumkan perkara ini semasaa pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini.
Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan bantuan ini adalah salah satu program bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana, setiap penerma STR yang mempunyai kelayakan akan menerima bayaran tambahan untuk temph 12 bulan. Sila ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui info lebih lanjut lagi.
(BANTUAN RM100 SEBULAN)
Sedia dimaklumkan, bahawa bantuan RM100 sebulan ini merupakan salah satu inisiatif tambahan khas kepada penerima STR yang layak sahaja, Dianggarkan, seramai 700 ribu yang bakal menerima manfaat bantuan ini dan akan menerima bayaran keseluruhan berjumlah RM1200 untuk tempoh setahun.
Namun, bantuan ini tidak berbentuk wang tunai, Manakala, ianya akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang layak dan anda hanya boleh membuat tebusan untuk pembelian barangan dapur sahaja.
(SYARAT KELAYAKAN RM100)
Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan dan bantuan ini hanya disalurkan kepada penerima STR yang menepati syarat seperti dibawah :
- Bagi kadar tambahan STR berjumlah RM600 ini khususnya kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti melalui senarai kategori miskin tegar sahaja dan kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- Warganegara
- Penerima STR 2023
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- Haruslah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
(SEMAKAN MYSARA 2023 E-KASIH)
Berikut kami kongsikan cara-cara membuat semkaan :
- Sila layari portal rasmi MyKasih :
- Seterusnya, klik pada 'Sumbangan Asas Rahmah (SARA)'
- Kemudian, scroll ke bawah dan klik 'Semak Status'
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon
- Sila masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan
- Sila tekan 'Semak Status'
- Status anda akan dipaparkan
- SELESAI
(KAEDAH BAYARAN RM100 SEBULAN)
Untuk makluman anda, bayaran Bantuan Khas RM100 ini akan dikreditkan pada setiap bulan kedalam MyKad anda untuk tempoh enam (12) bulan bermula pada Januari 2024 nanti dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1200 ringgit.
(MAKLUMAT LANJUT)
Setiap tahun, pihak kerajaan akan memperknalkan pelbagai lagi inisiatif yang boleh rakyat Malaysia dapatkan. Oleh itu, untuk anda mengetahui pelbagai bantuan tersebut, Sila RUJUK DISINI
NOOR FAIZAH BINTI AHMAD RAMZI
ReplyDelete