Untuk pengetahuan anda, permohonan bantuan suri rumah sebanyak RM480 sudah boleh dikemukakan. Bagi seluruh suri rumah yang berada di Malaysia layak untuk menerima insentif tahunan inio sekiranya individu tersebut mempunyai kriteria kelayakan yang telah ditetapkan kerajaan. Ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
(I-SURI KWSP RM480)
Sedia dimaklumkan, bahawa insentif i-Suri ini merupakan program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelasaraan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Namun, Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP ini bertujuan untuk memastikan sejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
(MANFAAT I-SURI)
Bagi individu yang mempunyai kelayakan bakal menerima manfaat seperti :
(SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP RM480)
- Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan setiap tahun berikutnya termasuk tahun 2021
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan
- Bagi permohon yang layak akan menerima Divden Tahunan KWSP sama seperti pencarum yang lainnya
- Walaubagaimanapun, melalui skin i-Suri ini, Bantuan Khairat Kematian juga disediakan sebanyak RM2,500
(SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP RM480)
Untuk maklumat, permohonan Bantuan ini akan ditapis melalui beberapa syarat kelayakan. Berikut adalah syarat kelayakannya :
- Warganegara Malaysia
- Suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
- Berumur bawah 60 tahun
- Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)
Nota : Setiap suri rumah hanya boleh memilih salah satu insentif sahaja pada satu masa dan sekiranya anda telahpun membuat pendaftaran denan insentif persaraan (i-Saraan), anda perlulah membatalkannya terlebih dahulu untuk sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP.
(BORANG PENDAFTARAN & LANGKAH MEMOHON)
Sekiranya anda yang merupakan di antara individu yang layak untuk i-suri ini, permohonan dan pendaftaran ahli i-Suri KWSP dapat di lakukan di mana-mana kaunter KWSP yang berdekatan dengan anda. Sila sertakan sekali dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan proses permohonan anda di lakukan :
- MYKAD
- Borang :
- i-Suri : I-SURI KWSP 16G (M)
- i-Suri : I-SURI KWSP 6A (2)
Caruman ini akan melibatkan seramai 359,065 wanita yang telah membuat pendaftaran di dalam denan sistem e-Kasih dan sebanyak RM20 juta peruntukkan bagi menjayakan program i-Suri KWSP ini.
(CARUMAN I-SURI RM480)
Untuk membolehkan dan melayakkan lagi suri rumah mendapatkan RM40 sebulan, caruman individu hsruslah di buat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum sebanyak RM5 sebulan ataupun RM60 setahun.
(KAEDAH BAYARAN I-SURI)
Terdapat 3 kaedah pembayaran Bantuan Khas Suri Rumah, antaranya seperti berikut :
- Tunai ataupun cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai ataupun cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang telah di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.
(MAKLUMAT LANJUT)
Terdapat pelbagai lagi jenis bantuan yang boleh anda daptkan daripada pihak kerajaan untuk mengetahui jenis bantuan yang akan diberikan, sila RUJUK DISINI
Comments
Post a Comment