TERKINI : Emadani 2023 RM100 Cara Betul Bayar Guna Mae Maybank


Untuk makluman, pendaftaran dan tuntutan kredit percuma yang bernilai RM100 menerusi program EMadani boleh dilakukan bermula pada 4 Disember lalu berkenaan hari isnin. Semasa pelaksanaan inisiatif ini diberikan, seramai 7 juta pendaftaran telah dilakukan daripada 10 juta yang telah dianggarkan pihak kerajaan.


Sedia dingatkan kepada anda, bahawa kredit eMadani ini tidak boleh dibelanjakan secara online, akan tetapi ianya boleh secara offline sahaja seperti berbelanja di kedai-kedai fizikal ataupun kedai makanan yang menerima bayaran e-wallet.

Ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui cara yang betul untuk membuat bayaran menggunakan MAE Maybank hasil daripada bantuan eMadani ini.


(EMADANI 2023 RM100)

Untuk pengetahuan, eMadani 2023 ini adalah bantuan e-dompet yang telah disediakan khas untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan mereka tidak melebihi RM100,000. Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran berjumlah RM100 yang akan dikreditkan kedalam akaun e-dompet anda.

Pada masa yang sama, bantuan seperti ini dapat mendorong rakyat Malaysia agar berbelanja tanpa menggunakan wang tunai bagi memudahkan urusan jual beli.

(KADAR BAYARAN EMADANI)

Pihak kerajaan menganggarkan seramai 10 juta rakyat Malaysia yang tergolongan daripada B40 dan M40 akan menerima bayaran bermula 4 Disember berkenaan hari ini ini, sebanyak :

  • RM100
Nota : Tempoh penebusan bantuan ini boleh dilakukan sebelum 20 Februari 2024

(SYARAT KELAYAKAN RM100)

Terdapat beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan, anataranya adalah :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40
(CARA TEBUS EMADANI)

Berikut adalah cara untuk membuat tebusan bantuan eMadani RM100 menggunakan applikasi Mae Maybank :

  1. Sila buka aplikasi MAE MAYBANK
  2. Tekan butang ikon 'Scan' pada halaman utama
  3. Kemudian, imbas kod MAE GR ataupun DuitNow OR yang dipaparkan di kaunter kedai.Selain itu,  anda juga boleh menunjukkan kod QR anda untuk di imbas olehjuruwang kedai.
  4. Pastikan RM100 eMADANI adalah sumber dana
  5. Pembayaran SELESAI!

Sumber :MAE MAYBANK

(MAKLUMAT LANJUT)

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. sila Rujuk Disini

Comments