PPR 2024 : Permohonan Baru & Syarat Kelayakan -Semak sekarang!


Program Perumahan Rakyat PPR : Sama seperti tahun sebelum ini, inisiatif PPR ini akan diteruskan lagi pada tahun 2024 ini khas untukrakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah mereka sendiri.

Program PPR ini telah menawarkan harga rumah pada kadar mampu milik, ianya juga boleh disewa dengan kadar bulananserendah RM250 sahaja. Sila ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui dengan lebih terperinci program ini.

(PROGRAM PERUMAHAN RAKAYAT MALAYSIA)

Tujuan pihak kerajaan meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR) ini untuk membantu golongan B40 di Malaysia agar mempunyai rumah dengan harga yang rendah.

Terdapat dua skim perumahan yang harus anda ketahui iaitu :
  • PPR Disewa
  • PPR Dimiliki
(CIRI-CIRI RUMAH PPR MALAYSIA)

Berikut adalah ciri-ciri rumah PPR : 

  • Kawasan bandar-bandar besar : Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 12 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar :  Jenis rumah teres
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kps
  • Binaan : 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air 
  • Kemudahan asas : Dewan komuniti/ ruang orang ramai/ surau - ruang solat/ gerai makan - ruang niaga/ tadika/ kemudahan OKU/ taman permainan/ kawasan lapang/ rumah sampah
(SYARAT KELAYAKAN PPR)

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi setiap permohonan PPR ini :

SKIM PPR DIMILIKI
  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara 
  • 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah < RM3,000 sebulan 
  • Permohon dan pasangan tidak pernah mempunyai rumah sendiri
  • Mengikuti syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Malaysia.
SKIM PPR DISEWA
  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara 
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah , RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah 
  • Sila ikuti syarat tambahan yang telah ditetapkan 
(CARA MEMBUAT PEMOHONA PPR 2024)

Sila ikuti langkah yang diberikan untuk anda membuat pemohonan :
  • Sila buka laman web rasmi SPRN : https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Isikan semua makluman yang telah diminta (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel) seterusnya klik " DAFTAR"
  • Selepas itu anda akan menerima emel untuk membuat pengesahan, Sila buka emel tersebut dan buat pengesahan akaun
  • Kemudian log masuk ke portal SPRN seperti biasa 
  • Pilih skim mengikuti kelayakan anda 
  • Sila lengkapkan semua makluman yang diminta
  • Pilik projek (PPR)
  • Sila muat naik dokumen yang diperlukan
  • Setelah lengkat membuat permohonan, anda boleh mengemaskini permohonan anda dengan klik "KEMASKINI PERMOHONAN"  
(MAKLUMAT LANJUT)

Sekiranya anda ingin membuat semakan bagi projek PPR yang terkini di negeri anda . sila ke Projek PPR Terkini 2024 

Untuk sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut mengenai Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)  sepanjang tempoh pemerintahan kawalan Pergerakan, anda boleh kemukakan di : 
  • Emel : teduh@kpkt.gov.my
  • Helpdesk :  : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk
  • Skim PPR : 03-889 14052 (Selangor, Melaka, Johor, N9) 03-889 14278 (KL, Sabah, Sarawak) 03-889 14028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Comments