Terkini : Bayaran STR Fasa 1 Mengikut Tarikh Permohonan & Kemaskini Maklumat -Semak sekarang!

 

Bayaran STR Fasa 1 Mengikut Tarikh Pemohonan AndaKemaskini Matlumat
 
Berita baik, seperti yang anda semua ketahui bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 1 untuk tahun 2024 ini telah dikreditkan lebih awal berbanding yang telah dijadualkan oleh pihak kerajaan. bayaran telah mula disalurkan bermula 29 Januari baru-baru ini dan penerima yang mempunyai kelayakan telahpun menerima bayaran tersebut secara perperingkat.

Walaubagaimanapun, ramai penerima yang layak STR sebelum ini meluahkan rasa kecewa kerana bayaran pada kali ini tidak dikreditkan dan hasil semakan status mereka " dalam proses ". Oleh itu, pihak kami akan kongsikan kepada anda apakah sebab bayaran anda masih lagi ditangguhkan.

(BAYARAN STR 2024 FASA 1)

Untuk makluman, kali ini seramai 8.2 juta penerima yang akan menerima manfaat daripada bayaran STR Fasa 1 bermula isnin ini. Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang telahpun mendaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank ataupun disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, megikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang mempunyai kelayakan dan memerlukan bagi menampung kos sara hidup.

(BAYARAN FASA 1 BELUM DIKREDITKAN)

Sedia dimaklumkan, terdapat tarikh tempoh untuk permohonan baru dan kemaskini maklumat anda. Tarikh bayaran yang anda akan terima adalah bergantung kepada waktu anda memohon dan membuat kemaskini maklumat. Berikut adalah jadual :

Nota : Namun, bukan itu sahaja terdapat salah satu faktornya adalah Permohonan yang tidak kemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pealksanaan BPR 2021, BKM 2023 dan STR 2024 kecuali warga emas dan pendalaman Sabah / Sarawak.

(TARIKH BAYARAN)

Pihak kerajaan telah mengumumkan ianya akan disalurkan pada : 
  • 29 Januari 2024
(KADAR BAYARAN)

Setiap kategori yang layak mempunyai kadar bayaran masing-masing :

KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500)
  • RM100
WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)
  • RM150
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)
  • Bilangan Anak 0 : RM500
  • Bilangan Anak 1-2 : RM500
  • Bilangan Anak 3-4 : RM500
  • Bilangan Anak >5 : RM500
ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)
  • Bilangan Anak 0 : RM100
  • Bilangan Anak 1-2 : RM150
  • Bilangan Anak 3-4 : RM250
  • Bilangan Anak >5 : RM300

(SEMAKAN & PERMOHONAN BARU MYSTR 2024)

Untuk anda yang ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. anda boleh membuat semakan demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR iaitu : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

(JOIN TELEGRAM)

Comments