Berita baik, Permohonan Baru STR 2024 masih dapat dikemukakan sekiranya anda belum membuat permohonan. Ianya mudah sahaja dan anda boleh lakukan permohonan melalui web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Ikuti perkongsian kali ini untuk mengetahui bagaimana cara untuk membuat permohonan tersebut dengan betul.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024)
Untuk makluman, STR 2024 atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah sebuah bantuan tunai khas untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Bantuan ini hanya menumpukan golongan yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan untuk menanggung kos sara hidup sahaja.
Kesan penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah yang berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya dan tidak tercicir agar golongan ini dapat manfaat daripadanya.
(PERMOHONAN BARU 2024)
Berikut adalah permohonan baharu STR 2024 kini telah dibuka. sama juga dengan kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan data peribadi penerima.
Anda boleh kemukakan ppermohonan melalui web rasmi MySTR iaitu :
(CARA PERMOHONAN BARU)
Bagi yang belum pernah menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, permohonan baru kini boleh dikemukakan. Ikuti cara untuk permohonan baru STR di tahun 2024 ini :
- Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2024 iaitu : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Seterusnya, klik butang [ Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon]
- Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
- Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
- Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang telah diberikan.
- lalu, klik pada butang [SAHKAN CAPTCHA]
- Kemudian [Perakuan Permohon] akan dipaparkan
- Tandakan pada kotak [/] perakuan
- Tekan [Hantar]
- Permohonan anda berjaya dihantar
- SELESAI.
(SYARAT KELAYAKAN STR 2024)
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikuti setiap kategori penerima nanti :
ISI RUMAH
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak dan menepati syarat;
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21 - 59 tahun; dan
- Pendpatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
(JUMLAH BAYARANSTR 2024)
ISI RUMAH (RM2500 Kebawah)
- Tiada Anak : RM1000
- 1 - 2 Anak : RM1500
- 3 - 4 Anak : RM2000
- 4 - 5 Anak : RM2500
ISI RUMAH (RM2500 Keatas)
- Tiada Anak : RM500
- 1 - 2 Anak : RM750
- 3 - 4 Anak : RM1000
- 4 - 5 Anak : RM1250
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM600
BUJANG
- RM350
(TARIKH BAYARAN)
Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telahpun bersetuju agar bayaran pertama STR 2024 ini nanti akan dinaikkan kepada RM500 berbanding tahun sebelumnya hanya RM350. Ianya akan disalurkan bermula pada :
- Februari 2024
(MAKLUMAT LANJUT)
Seperti yang diketahui setiap tahun pihak kerajaan akan menyediakan pelbagai bantuan yang akan diperolehi Rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebut, sila RUJUK DISINI
Comments
Post a Comment